Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua....maaf zahir & batin. Masih lagi dalam bulan Syawal, tapi kemeriahan tu dah berkurangan la disebabkan dah mula bekerja. Minggu ni adalah minggu terakhir aku mengajar. Malam kelmarin, last jumpa budak2 tu. Sedih pulak rasa tak dapat nak habiskan mengajar budak2 tu....walaupun sebenarnya gembira dapat setlekan kerja cepat2. Aku mendoakan agar mereka semua berjaya tempuh final exam tak lama lagi. Dah berbakul2 tips aku bagi...rasanya kalau dorang dengar betul2 sure boleh score punye!
Hari ni aku mula berkemas di office. Memandangkan aku berkemungkinan tak cukup masa untuk prepare macam2 hal nak cuti belajar nanti. Kira2..congak2..aku cume ada dalam masa sebulan lebih je lagi nak buat persiapan untuk sambung belajar. Setakat ni...aku hanya mampu untuk berkemas2. Maka aku mulakan untuk berkemas di office dulu. Kiranya hari ni adalah hari berkemas sedunia bagi aku. Ini adalah hasilnya....

Waaa...bersihnya meja tu...meja siapa ye? Meja aku lah...bukan senang nak tengok meja bersih, kemas dan nampak "berseri" ni. Takde kertas2..buku2..cawan ke..tupperware ke berselerak macam selalu. Lega tengok...

Mana perginya kertas2 yg banyak2 selalu berlonggok atas meja tu? Ha...semua nya da duduk dalam beg plastik kuning ni. Ajaib kan? Tak semua dalam tu...yg masih elok aku simpan baik2 dalam fail. Tu sampah sarap yg banyak adalah hasil dari bil2..serta surat menyurat yg ntah apa2 banyak nya. Kalau aku jual timbang kilo ni sure untung gile kan..

Bukan beg plastik kuning tu je yg aku nak buang..ni haa...cuba tengok betul2.. berkotak2.. berbungkus2 kertas aku nak lupuskan ni. Semua ni hasil aku bekerja bertahun2 kat sini. Adalah dekat 3 tahun aku simpan bende2 ni..isk..iskk..isk..Semua kertas2 ni aku tak boleh campak buang macam tu je. Aku kene shredded kertas2 ni sebab semuanya confidential. (ikutkan hati nak aje aku jual...mau untung banyak ni hehehe) Kawan2 aku kata...bahaya kalau org jumpa kertas ni. Ntah ler..tak dapat nak pastikan tahap bahaya nye. Aku cume pikir bila masa aku nak shredded kertas2 ni...mau nya berhari2 mengadap mesin tu..takut nanti tak pasal2 meletup pulak mesin tu.

Haaa...yg ni pulak...saki baki yg belum sempat nak kemaskan lagi. Aku kene cari kotak banyak2..nak campak je semua dalam kotak. Huru hara lagi dalam almari tu. File2 yg banyak tu boleh disatukan..yg perlu, disimpan..yg tak perlu, dibuang. Gambar bawah sekali tu...koleksi keychain yg aku gantung2 kat softboard ni. Ni sebahagian koleksi yg kene tinggal. Sama jugak dgn fridge magnet (yg ni da simpan dlm kotak) kene tinggal nanti. Aku tak tau sama ada wujud lagi ke tak bende2 ni selepas 3 tahun nanti. Kalau anak2 sedara aku jumpa, sure dikerjakan...huwaaa =(

Apapun...letih dah. Ini je yg dapat aku update setakat ini. Jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment