Separuh hari ni aku susun jadual untuk 2 minggu akan datang. Jadual mengajar perlu ditukar disebabkan nak buat visit LI. Call sana-sini, confirmkan tempat. Cukup tiga hari aku akan berada di KL. Tertinggal lagi satu tempat yg terpaksa ditunda ke minggu 1 lagi. Maka, nak tak nak selama 2 hari selepas itu aku akan ke KL lagi. Huh, dalam bulan ni je kiranya 4 kali aku akan berulang Kntn-KL. Dengan harga petrol yg melambung sekarang, huh...mengalir plak mcm air. Memanglah boleh claim, tp leceh la...nak resit mcm2. Aku pulak jenis selalu lupa nak mintak resit tol. Ni pun claim bulan lepas tak setle lg, da 2 kali reject nye.
Aku pun baru je balik kg hari Khamis lepas. Lega, bila sampai kg. Aku dapat tido lena....lena yg aku tak mungkin dapat di mana2...malahan di rumah sewa aku skrg ni. Boleh lupa segala benda yg memeningkan kepala. Pastu yg lagi best, bila mandi...air sejuk..huhu..syok...tak mcm kat sini, panas..mcm keluar dr heater je. Tu la nikmat balik kg. hehehe..
Ok, aku tak dapat nak tambah citer lg sbb aku nak buat keje pulak. Sambung lain kali
No comments:
Post a Comment