Seorang sahabat pernah berkata pada aku bahawa Tuhan telah menganugerahkan manusia dengan lupa. Selama ini aku tak sedar pun bahawa lupa itu anugerah. Aku kadang2 rasa something wrong somewhere bila asik terlupa...terlupa buat itu, terlupa buat ini..terlupa hal itu ini. Aku juga selalu mengingatkan "adik didik" aku supaya "jangan lupa akan formula ini, method ini, topik ini dan sebagainya". Tapi sebenarnya, kadangkala manusia perlukan "lupa" itu untuk teruskan kehidupannya. Sama juga seperti aku. Aku sering terfikir, aku senang terlupa tapi bila aku betul2 perlukan "lupa" itu, sebenarnya ia adalah satu perkara yg bukan mudah untuk dilakukan. Betapa nikmat nya "lupa" itu andai ia dapat digunakan pada masa yg sesuai. Seperti aku ...untuk lupakan perkara lepas yg sepatutnya perkara itu tidak disimpan di dalam memori aku. Aku sekarang masih lagi dalam fasa proses melupakan, supaya aku boleh fokus pada perkara2 baru dalam hidup...heheh..ingatan yg baik, kenangan yg baik, sweet memories je yg layak duduk dalam kotak memori aku sekarang.
Mesti korang pening kan kenapa aku cakap berbelit2 ni..aku pun tak paham. Tapi itula yg aku nak sampaikan. Erti lupa pada manusia. heheh...
2 comments:
HMM..KU memahamiya...All the best to looking forward...Kuatkan iman... be the strongest..Im believe on you
Me from utm skudai give that comment..All the best miss...U will get the best among the best..Percayalah..kita sama2 doa..
Post a Comment