Friday, July 18, 2008

Untuk pengetahuan, tak lama lagi aku akan mengalami ke bankrapan yang amat. Ini disebabkan oleh beberapa perkara yang menginginkan duit aku. Mesti. Wajib bayar. Mmm..tak tau sama ada sifat boros aku yg suke berjoli kat giant setiap hujung minggu menyumbang ke arah itu. Tapi setakat beli roti, nugget, ayam....bekalan makanan takkan lah aku kopak sedemikian rupa. Rasa nye bulan ni aku tahan je mata tengok benda cantik2 kat kedai...tapi abis jugak. Mana tak nye, next week aku kene bayar insuran keta+road tax...terbang 500++. Pastu wat medical check up lagi ...aku bajet dlm 100++....servis keta pulak 100++, bil tepon bulan ni yg tertinggi buat masa ni 200++ (tu la..ms gune tak ingat..padan muke!). Pulak tu aku telah mendapat satu surat yg mengejutkan semalam dari LHDN, yang mengatakan aku ada tunggakan dari tahun 2006 sebanyak 170++ iskk...kene potong gaji lepas ni. Aku hairan, mcm mana pada tahun tersebut, gaji aku yg seciput tu boleh kene tax? Disebabkan hairan, aku call org LHDN. Seorang pegawai lelaki yang jawab, dia mcm menyampah je nak ckp dgn aku ..ckp pun mcm terjah2..mcm ckp dgn pakcik jual daging kat pasar....ha..mcm tu la. Dia kata aku la yg isi cemana tak betul dlm borang tu...sbb bila dorg kira balik aku kene cukai. Sekarang 2008, tak kene pulak cukai nye...tak logik la...apa pun aku akan bertambah pokai bila aku dah kene bayar 9800 yen dan 84600 yen untuk entrance dgn examination fees di Jepun. Dapat scholar belum tentu lagi, tapi dah buat registration pulak. Aaiii..aku penin.
Tadi aku dah happy2 je sebab hari ni ialah Jumaat. Bermakna esok sabtu. Tapi aku tak happy balik, esok kene datang keje....eiii..tak suke3x!!!

No comments: