Lama betul aku bercuti dari meng"update" blog. Agak sibuk kebelakangan ni. Tadi nak login pun aku lupa password hehe..nasib baik boleh ingat lagi. Semester baru dah bermula Isnin lepas, so aku sibuk nak prepare untuk kelas dan sebagainya la. Dengan jadual yang huru-hara...student ntah ke mana..aku cuba setlekan hari ni. Selain tu, aku pun siapkan semua borang2 cuti belajar yang tebalnya macam tesis....leceh! Pastu semua borang nak gambar...tak pasal2 aku pi amik gambar semalam lepas keje..hasilnya..gambar aku nampak muka berminyak2...Buat masa ni aku dah dapat tempat kat universiti "sana". Diorang tengah isikan borang. Aku pun risau gak ni, orang kat sana dah approve bole datang Nov ni tapi aku takut tak dapat pulak pelepasan dari sini. Macam2 cerita aku dgr dari orang2 yang nak pi sambung belajar ni. Tapi aku wat derkkk je..aku tak kira, tahun ni giliran aku...ada ke takde..aku nak jugak. Kalau tak jadi gi...cemana aku nak kata kat org "sana"??..Buruk la reputasi aku nanti. Aku harap2 sangat berjaya pergi....Tadi aku punye la bersemangat hantar borang tu ke HR, dalam hati tu siap baca2 doa lagi..bismillah banyak2..supaya org tu boleh terima permohonan cuti belajar aku ni. Sampai je kat sana, staf ni pun check la aku nye borang satu persatu sampaila dia tegur " awak...tandatangan dekan takde!" sambil menunjukkan ke arah borang tu...Ciss..ciss...hampeh nye aku..cemana la boleh terlupa nak bg dekan sign dlu..Ha..nampak tak, betapa aku berkobar2 ni nak gi smbung belajar...hahahaha...
Student life BW
13 years ago
No comments:
Post a Comment