Last Friday, adalah hari bersejarah buat seorang kawan kita tu....Kawan kita Asma sudah tukar title wooo....sudah bergelar Puan. Aku dan Jid pergi ke kenduri tu di Raub. Adventure betul drive ke sana....agak jauh tapi jalan kosong, boleh rempit lagi. Cuma ada beberapa kawasan tak boleh laju..ada speed trap. Tapi aku berjaya gak memotong beberapa buah lori sawit, lori minyak..lori apatah lagi yang sememangnya melopori jalan di sana. Tak tahan betul duk belakang lori..seksa jiwa raga.
Petang Jumaat selepas Asar, majlis akad nikah diadakan di masjid kampung tu. Aku & Jid pergila meneman kannya. Lafaz nikah hanya sekali, setelah praktis beberapa kali. Alhamdulillah....selesai dah. Time tu rasa sayu je..ni yang buat aku rasa nak kawen jugak..kuikuikui...Lepas majlis selesai, Jid pun balik..tinggallah aku sorang. Malam tu aku tolong2 la apa yang patut, tolong susun2 barang hantaran. Lepas tu aku tertido dengan jayanya walaupun kerja tak siap lagi time tu. Serius ....aku tak sangka tertido betul2...penat drive 3 jam lebih.
Pagi2 tu si pengantin dah bangun..around 6 pagi. Lepas Subuh...terus susun2 goodies bag...letak kat blik pengantin. Pastu mandi...breakfast. Betapa kenyang nya duduk di sana..asik makan aje..masa mula2 datang tu lunch makan nasi, petang tu mak dia masak laksa dan goreng pisang. Petang tu kitorg sempat la isi telur kat bunga pahar...sambil makan goreng pisang panas...syok betul..aku & jid je dah bedal satu pinggan hehehe..malam nya pulak dorang hidang cup cake...wuhuuu...malam tu dorg celebrate mak si pengantin sempena birthday. Best nya..da la kek sedap...aku tumpang sekaki la...Masa hari kenduri, meriah la...pukul 10 lebih si pengantin dah bersiap sedia untuk di make-up. Syok tengak mak andam buat kerja..serius lawa...dan mak andam tu sangat la humble, tak mcm sesetengah mak andam yg cerewet dan berlagak bagus. Kalau aku nak kawen nanti, mcm nak panggil dia je suh make-up...kuikuikui....Kenduri semakin meriah dengan kehadiran kawan2 yang lain..kecoh la mak minah semua tu......kecoh2 tu yang best...lepas makan nasi kenduri...makan kek lagi...weee....Tepat 2.30 petang, aku pon join dorg yang lain balik. Dorang balik ke Kuantan dan aku balik ke kampung.
Perjalanan balik amatlah meletih kan. Aku sampai kat rumah dalam pukul 5.15 ptg. Flat dah time tu...tp masa tu abg dan kakak aku pun ada balik sama. Meriah la sket....so takde la aku bantai tido. Malam tu rupanya abg aku nak wat makan2 sket...dorg gi bli sate dan kek..rupanya nak celebrate birthday anak perempuannya Kira yang genap setahun. Punye la kecoh malam tu nak suh si Kira ni amik gambar dengan kek dia tak mau...mengamuk..time ni la dia nak wat hal. Bila suh tiup lilin dia nangis....amik gambar nangis...last2 sepupu dia Iman yang tiupkan lilin tu..budak Iman ni memang dah get ready nak tiup pun. Aku tak berapa nak makan sangat malam tu sebab rasa letih...lepas makan tu tengok tv jap dan tak lama pastu tv plak tengok aku hehehe..
No comments:
Post a Comment