Monday, December 03, 2007

Menghabiskan masa hujung minggu dengan menghabiskan duit. Aha! Itulah aktiviti aku, ema and Fizz di hujung minggu. Aku bosan kat rumah sebab hari Sabtu aku sorang2 je kat rumah. So aku pergi la cuci2 mata kat bandar. Bukan setakat cuci mata, duit pun habis jugak. Mula2 niat dihati nak tengok2 aje...tapi beli jugak akhirnya. Sebenarnya tujuan asal nya, nak gi cari makan. Ptg tu lapa sebab kitorang tak makan tengahari, pegi la makan mi bakso. Sini ada satu tempat best ....cuma untuk haritu tak bes sebab terlalu sikit. Dari mihun sampailah ke kuah sup. Sangat sikit. Kecewa la kitorang. Tak cukup lepas tu pegi ke Tanjung Lumpur pulak...nak makan ketam dan kerang bakar. Biasanya weekend macam ni mesti ramai orang, so siap2 sembahyang magrib kat masjid sebelah tempat makan tu....7.15 malam dah order tapi sejam lepas tu baru dapat makan. Punye la ramai orang. Tapi tak dapat makan kerang....sold out. Cuma dapat makan sotong je.

Next day nya pulak keluar lagi. Sebenarnya nak pergi wat facial. Hihihihi.....tak pernah buat. Kitorang nak la try. Tapi bila pergi takde pekerja pulak nak buat. Boleh buat untuk seorang dengan masa 2 jam. Fuh....nak tunggu sampai 4 jam pulak. Last sekali kitorang cancel la...Pastu round2 la kat kompleks tu...ema sangkut gak..beli 3 beg sekali gus...Aku teringat Erin anak buah aku aritu dapat 5A untuk UPSR. Dia da siap bagitau kakak aku nak mintak hadiah dari aku. Last year cousin dia Wawa dapat jugak hadiah...so tahun ni dia nak la jugak. So supaya adil kene la aku bagi jugak. Hadiah yang sama...jam tangan comel. Tak tau la dia suka ke tak..kalau tak suke takpe..aku aje yg pakai..heheheh

Lepas habis shoping2 tu..agenda seterusnya adalah isi perut. Petang2 ni memang sesuai untuk pekena keropok lekor kat kedai Mok Na,Tanjung Lumpur. Sampai je kat sana, punyelah ramai orang, dan yang geramnya, diorang ni beli keropok sampai RM10...abis kitorang ni kenela tunggu sampai 4-5 kali goreng...mana taknya, satu kuali tu maunya ada RM10. Kitorang tapau je sebab takde tempat nak duduk...kitorang bawak keropok tu ke kedai cendol/ABC kat jalan Teluk Cempedak....nama kedai tu Mustafa. Aku dengan ABC, Fizz dengan cendol campur, ema dengan cendol saje. Pastu makanan tambahan pulak rojak....rojak biasa ada, rojak mi ada...mmmm...boleh tahan la. Ni first time pegi makan kat situ, itupun dapat tau tempat ni dari member2 kat sini.


Dah kenyang....baru lah ada tenaga kan? Lepas makan tu kitorang berjalan-jalan pulak ke pantai. Tak tau nak panggil pantai apa...aku selalu panggil tempat ni Pantai Belakang Padang Golf. Tempat ni terletak diantara jalan ke Teluk Cempedak, berdekatan Istana, komplek sukan, Zoo mini .....Aku dulu2 suka ke sini sebab sini best jugak pemandangannya. Lagi pun free parking. Kalau kat Teluk Cempedak tu kene bayar. Bukan nak mandi-manda pun, sekadar nak jalan-jalan je. Sini banyak angin....seronok. Rasa tenang aje tengok laut. Ramai jugak orang datang dengan famili, dengan pakwe ke makwe ke ..yang tu toksah nak cerita la. Aku dari dulu lagi suka tengok laut....pantai kat sini boleh tahan la jugak..sebab tu aku boleh bertahan duduk kat Kuantan ni. Almost kawan2, sedara2 (termasuk lah X aku dulu) semua tanya2 kenapa aku suka sangat duduk kat sini..Dah la tak ramai kawan, takde sedara-mara. Kat sini boleh kata susah jugak la nak dapat barang2 yang terkini.......especially macam computer hardware...pastu macam fesyen2 terkini agak lambat la. Sale kat sini pun tak mengancam macam kat KL nun! Yang tu semua memang aku mengaku la..sini mahal dan barang susah nak dapat...tapi kat sini ada banyak tempat2 yang menarik2....orang yang jauh2 tu punyelah beriya nak datang melancong ke sini, kitorang yang duduk sini pun ada jugak tempat tak pernah datang hehehe...Kalau aku ada famili kat sini, tiap2 minggu mesti nak jalan2 kat sini. Aku tak pernah bosan dengan pantai...cuma keadaan je tak mengizinkan. Lagipun kat sini tak sesak, nak pergi kerja takde jam....semuanya light n easy....rileks..boleh la menyimpan sikit duit gaji...kalau kat bandar2 mesti cepat abis..senang kata setakat nak hidup biasa2 ok la. Kalau nak enjoy betul2..balik kampung aku la best!









2 comments:

Anonymous said...

cewah jauh merenung pantai nampak

Anonymous said...

dude, apasal.. ek.. aku rasa,, macam aku jek dalam gambar tu.....

-alqas