Aku dah mula kerja hari ni. Malam tadi aku baru balik, drive sorang2 dari kampung. Suasana raya masih terasa sebab aku datang opis ni tengok takde orang. Ramai lagi yang bercuti. Aku je tak cuti lama. Takde apa pun, kuih kat rumah mak aku pun dah abis bersih disapu licin.
Hari raya itu hari, berjalan dengan sederhana saja. Kurang meriah berbanding tahun lepas. Kakak-kakak aku balik masa malam raya, abang-abang pulak raya ke empat baru balik beraya. So, tak berkumpul serentak. Suasana kurang sket. Anak-anak sedara yang datang pun malam raya baru sampai. Jadi kemeriahan persiapan hari raya tu tak terasa. Mak aku ingat dorang tak balik raya, so mak aku masak sket je untuk malam raya tu, sekadar untuk berbuka puasa dan nak sedekah kat jiran. Rupa-rupanya malam tu dorang balik...habis la licin semua lauk2. ketupat tu aku anyam dalam 100 biji, tapi mak aku kata masak separuh je, sebab takut basi je takde orang makan. Tak sangka plak tak cukup..
Tahun ni tak kelam kabut sangat, semua dah setle dari malam raya lagi, dari segi masak memasak, sediakan cawan, gelas, bekas kuih semua dah siap sebelum pagi raya. Budak-budak ramai, aku kerah suh isi kuih-kuih dalam bekas. Selalunya tu kerja aku dengan mak- budak2 ni masa pagi-pagi raya, jadi nak elak kelam-kabut pagi raya, buat awal masa malam raya tu. Sonok gak anak buah ramai..kerja cepat beres.
Pagi raya tu, lepas mandi, bersiap-siap semua.....makan pun sudah...gi kubur arwah bapak aku. Semak dah kubur tu...rumput banyak....kitorang bersihkan ala kadar..cabut rumput2...dan sedekah surah Yasin. Lepas tu terus beraya rumah pak long dan sedara yang lain. Kali ni beraya sekejap je, ramai orang takde kat rumah. Mak cik aku pun balik kampung sebelah suami, pastu mak cik aku kat felda pulak datang ke kampung aku. Jadi untuk hari tu dapat beraya tiga buah rumah je. Pukul 1 dah balik...makan lagi...heheh..
Raya kedua tak kemana...agenda tengok tv. Tapi dukacita betul sebab rancangan tv semua tak best. Mengarut je dan banyak siaran ulangan. Aku pun tak paham....tak macam tahun yang sudah-sudah. Raya ke tiga baru la pergi beraya rumah pakcik makcik kat felda. Pastu ke rumah saudara arwah nenek kat Sg. Besar. Aku tak pernah jumpa pun sebelum ni. Kira nya masa raya la boleh tau yang kita ni ada sedara yang lain.
Boleh kata raya ni semuanya sederhana. Sekadar dapat berkumpul dan berjumpa sanak sedara. Kat kampung aku asik hujan, jadi malam tak meriah takde pelita. Ada satu malam, anak sedara aku pasang pelita. Sangkut la kat pokok bunga kertas mak aku. Pokok ni besar....sekali tu pokok tu terbakar...habis rentung..tinggal batang kayu besar je..pelita tu jatuh..minyak tumpah kene plak kene kat tayar (bekas tanam pokok ni). Makin marak la api. Masa pokok ni terbakar, tak sapa pun perasan. Cuma anak sedara aku ni nampak masa tu dah lewat malam, dia sefamili baru balik dari shoping. Nasib la tak terbakar rumah.
Aku belikan baju raya untuk mak, satu set dengan tudung dan anak tudung sekali...hahaah..saje nak tengok mak aku vogue hari raya ni. Kali ni aku belikan baju kurung riau...baju ni lain sket dari baju kurung biasa....sebab dia kembang..tapi cantik la jugak bila pakai. Mak aku pakai gi open house kat rumah sedara, balik dari open house, mak cerita...orang-orang kat situ pelik tengok baju mak aku. Siap suruh mak aku pusing belakang, angkat tangan, selak tepi, mak aku jadi model. Rupanya dorang berminat dengan fesyen baju tu. Mak aku plak tak tau apa nama fesyen tu, aku tak cakap pun...main bagi je..aku cuma kata ni fesyen lain sket...makcik2 aku yang datang tu semua nak cuba wat fesyen tu...hahahah..lawak tul..Apa pun aku hepi la tengok mak aku suka baju tuh....
Okla..aku nak siapkan keja ni. keja sebelum raya tu tak siap lagi..baik aku siapkan...lepas ni bl;eh rilek2...

No comments:
Post a Comment