Kecoh! Student bawak toyol masuk exam. Dan dia terlepas.Itu lah yang kitorang dok bergebang pagi-pagi buta lagi..kejadian ni berlaku petang semalam, di mana paper tu, adalah subjek kawan aku ni..3 orang student meniru dengan membawa toyol tu, yg saiznye berukuran kertas A4, kertas tu adalah kertas skrip jawapan kolej ni sendiri. Bukan sehelai, tapi 3 helai, penuh depan belakang...pada aku, itu bukan toyol lagi lah..tapi bapak jembalang! Kurang ajar betul budak tu...berani dia..dari sumber yg diketahui, student ni adalah yg bermasalah..selalu ponteng kelas, tak ambik ujian, meniru tugasan dan sebagainya. Yg amat dikesalkan..bila salah seorang student tu adalah asalnya seorang budak yang bik, bijak, boleh kata yang alim diantara yang lain. Dan paling dikesalkan, prestasi nye menurun begitu teruk , sejak dia memangku jawatan terpenting di kolej ini. Dan yang menyakitkan hati para lecturer di sini...budak ni bila ditegur, dia pandai menjawab, denan muka toya..dan kadang2 menunjukkan kebagusannya dalam agama!! Aku penah dgr citer, budak ni pernah menyindir seorang lecturer...phewww!!!
Aku kesian pada rakan aku, (yakni lecturer subjek yg budak tu meniru).Penat dia perah otak nak buat soalan, tak tidur malam... Sebenarnya ketiga-tiga jahanam tu,
terlepas dari hukuman...diatas beberapa kesilapan yg tidak disedari oleh pengawas. Pengawas hanya dapat mengesan pada saat akhir..setelah budak itu keluar dari dewan lebih awal. Kawan aku tu punyelah geram...nak bagi markah 0 tak boleh plak..sebab bukti tiada. Lecturer kene dapat bukti..(iaitu report khas dari pengawas). Sekarang ni tak tau la diorang nak buat macam mana..kalau aku adalah lecturer tersebut, aku akan buat secara halus...aku panggil budak tu ..sorang2..dan aku akan panggil 3,4,5 orang lecturer lain, brainwash ramai2! Biar dalam pada masa tu...wujud sendiri perasaan serba salah dalam dirinya..biar dia insaf. Tapi kawan-kawan aku kata budak2 ni banyak kali dah kene panggil..tapi keluar2 menyengih jugak....hisss...tak tau la apa nak jadi dengan anak muda zaman sekarang..kesopanan, rasa hormat tu dah hilang..tu lah cabaran pendidik pada masa ini..
Student life BW
13 years ago
No comments:
Post a Comment