Hari ni baru nampak sket matahari. Barulah terang...sejak hari Ahad lepas, hujan tak berhenti-henti..berhenti sekejap..pastu sambung balik...cuaca mendung, sejuk. Ya, sejuk...sampai nak mandi pun payah. Kalau mandi pagi tu..aku siap melompat-lompat bila kene air..sejuk..sgt sejuk..(lompat2 tu kasi warm up!). Mandi petang pun sejuk..Baju yg aku sidai dari hari Isnin, tak kering-kering lagi..segala2 nye lembap. Sampaikan aku rasa tilam aku lembap, bantal lembap, sejuk..karpet pun sejuk, lantai apatah lagi..sampai menyusuk ke tulang. Dah berapa malam aku tak tengok tv, selalunye tepat pukul 8 aku dah tercongok depan tv, tapi bila sejuk2 ni..tak tahan nak duduk kat lantai. Biasalah, orang bujang..ada karpet kecik je buat lapik duduk tengok tv. Abis kalau dah 3 orang tengok tv..hmm tak muat le nak duduk nye. Maka aku lebih senang tido awal..bukan senang nak tido dalam keadaan sejuk2 ni..tapi cara aku senang je utk panaskan badan,pakai je stoking, selimut, pastu hempap dengan bantal, teddy bear..pastu lena lah.
Hari ni nampaknya dah cerah..aku harap biar lah sampai ke petang, sebab aku cadang nak ke bandar. Nak berbuka puasa di bandar..bosan la, sejak akhir2 ni takde aktiviti menarik. Biarla ari ni aku nak makan puas2...
Student life BW
13 years ago
No comments:
Post a Comment