Hari ni seawal mungkin aku bersiap. Memang tiap2 pagi isnin kami kene berkumpul tepat jam 8.00 pagi utk dengar tazkirah. Tapi arini memang tak larat langsung. Walau macam manapun aku sampai awal jugak. Rupa-rupanya hari ni dibatal kan. Aiihhh..geramnya..kalau tak boleh aku melepak2 dulu kat rumah. Hari Sabtu dan Ahad,aku kene jaga kaunter pendaftaran untuk kemasukan pelajar baru. Aku ni kononnya wakil dari fakulti. Sebenarnya, dorang saje je bagi keje2 gini kat orang baru. Nak kata aku baru ...tak lah jugak, tapi dorang dah letak nama masa awal2 aku mula keje dulu. Dah le time tu kita pun sibuk. Lab sheet, nota, file ppt aku tak siap lagi. Aku baru siapkan 1 nota/manual PSPICE dan bab pertama electronics. Subjek satu lagi, tak sentuh langsung..wuhuhuhu..guane aku nih..budak2 minggu depan nak mula kuliah..aku tak sedia lagi. Ni ada la yg kais pagi makan pagi, kais petang makan petang nih.
Sabtu
Aku ingat hari ni, tak payah terlibat dengan persediaan hari pendaftaran untuk hari Ahad. Aku dah plan baik punye...nak siap semua keje aku dalam hari Sabtu ni. At least aku dah siap separuh keje. Hari selasa aku nak kene submit semua lab sheet..ada lagi satu paper yang aku nak siapkan. Ingatkan petang2 nanti bolehla aku gi opis, guna intenet untuk antar paper je. Rupa-rupanya kene datang jugak. Aku dgn malas2 pun datang jugak. Memo tulis pukul 8.00 pagi dah mula..pukul 8.30 pg org baru sibuk nak makan. Pukul 9.00 pun tak mula lagi..last2 pukul 9.30 baru mula..itu pun setakat taklimat ringkas..cuma dipanjang2 kan dengan lawak la dan ntah apa2. Sakitnya ati masa tu..time tuh aku dok terpikir keje aku belambak lagi, sedangkan dorg2 ni keje nya habis takat utk harini..Membebel punye membebel..tautau dah pukul 11.30 baru berenti cakap. Ingatkan lepas tu adalah keje2 yg patut nak dibuat..tunggu2 takde, geram punye pasal aku cabut balik gi bilik aku wat keje. Baru taip abstrak untuk paper, kawan aku call kata dah ada keje. Heii..aku pegila..sampai sana nampaklah ada kertas2 yg perlu disusun dan stapler. Aku baru stapler 3 kertas..dorang dah ajak gi makan tengahari. Hishh..geram betul..last2 lepas makan tengahari aku tak turun dah ..aku gi wat keje...dalam 2.30 ptg kwn aku dah call kata nak gi sana balik. Aku kabor kat dia, kalau keje dah mula, call la aku. Aku ada keje nak buat sket.. Sampai petang tuh..memang aku tunggu dorg call, takde pun. Aku terus la buat keje sampai la nak ke magrib. Masa tu dah rasa seram2, pintu kat bilik luar tu dah terhempas2 dek angin. Sunyi giler..bila start je azan magrib (dari masjid), aku terus kemas2...tak tahan ler..seram! Paper yg aku buat tu ngam-ngam je siap. Tak dan aku nak semak, aku terus je send paper tu. Tak sanggup ler nak stay situ. Terus cabut balik.
Malam tu aku call Ima, tanya apa yg dia buat petang tadi..sampai tak panggil aku skali wat keje. Rupanya, dia kata keje gitu2 je. Takde buat apa sangat pun. Dia pun balik awal jugak. Dalam hati aku..memang geram la sangat2..
Ahad
Masa pendaftaran tu , macam2 muka yang aku tengok. Ada yang hepi, ada yg tak hepi, ada yg blurr. Kebanyakan student hantar borang tak lengkap. Masing2 tak matikan setem atau tak sahkan setem tu. Penat aku cakap ayat yg sama je kat dorang..nyesal tak bawak tape recorder..bleh record arahan one by one, pas tu tekan play je. Ada yg lawaknya, datangla sorang budak perempuan Cina. Borangnye tak lengkap, setem hasil tak "dimatikan". Aku pun bagitau la yg dia tak matikan setem. Dia jawab , "saya dah matikan setem tuh". Aku cek balik..takde pun tanda2 setem tu kene cop, then aku tanya balik.."kat mana awak matikan??". Kemudian budak tu tunjuk kat setem tu...ada satu garisan hitam merentas setem tu. Dia jawab " nih..saya dah matikan". Dia yg "matikan" setem tu cuma garis pakai pen!! Ciss...ada jugak orang macam nih..Aku dengan Ima dah tahan2 gelak. Lepas je aku explain kat budak tu..apa maksudnya "matikan" setem..dia pun pegi..dan aku dengan Ima pakat2 ketawa! Huh! Lawak...
Seharian semalam kat meja kaunter, buat kepala aku berpinar2. Tepat jam 4.30 ptg...aku tak tahan dah..aku kemas2 apa yg patut, terus balik. Sampai je rumah ada plak orang bagi durian. Huiss..terliur..dengan bau nye je dah buat aku bersemangat nak makan. Lepas kemas2 bilik apa yang patut,cuci baju..semayang magrib ..isyak..tau tau je dah pukul 4 pagi..time tu sakit perut..lepas menyudahkan apa yang patut..teringat lak durian. Huhh..tak sempat nak makan durian malam tadi..penat giler...so, pagi2 ni aku belek sebijik durian dan kulitnya dah terbelah. Apalagi..aku kopek dan isi dalam bekas..bwk gi opis.. heheh..sekarang ni bilik aku bau durian..pening seyy!!
Student life BW
13 years ago
No comments:
Post a Comment