Sejak aku keje kat sini, tak berkesempatan nak update blog hari2. Memandangkan aku takde PC, cuma meja dan kerusi, serta buku2 yang tak habis baca. Sekarang ni sekadar menumpang PC org, jadi aku update setakat yg termampu. Inetenet kat sini pun tenat juga. Rasanya, selang 10 saat, intenet takde.Cipan, memang cipan.
Rutin harian aku mula pukul 6.40 pagi.Gosok gigi, solat, mandi, bersiap, breakfast. Menu utk breakfast, sekadar roti dan nescafe. Kadang2 tu roti je. Nescaffe minum kat opis je.Masuk keje pukul 8 pagi, tapi jarang la sampai sebelum pukul 8. Mesti lebih seminit dua. Pastu kene login kat e-Comm (ala2 macam punch card). Kalau time tu PC buat hal, nasibla.....Lepas tu baru mula buat keje. Setakat ni aku belum ada keje rasmi lagi. Aku cuma study balik, buat persediaan utk viva. Tapi hari ni aku dah dapat memo utk tanda laporan amali. Bila tengahari, pegi lunch. Aku suka bungkus je, sbb cafe sini kecik sket..lagipun aku berdua je, dgn kawan satu opis ni. Org lain memang jarang la nak jumpa. Kalau jumpa pun setakat senyum2 je. Lepas lunch, semayang dan sambung balik keje sampai petang. 5.30 ptg, aku pun balik rumah. Malam plak masak ala kadar. Dua org je, jadi bahan yg nak dimasak tak banyak. Rumah aku tak de peti ais, so, kene beli sikit2, setiap hari. Macam semalam, aku beli la 5 ekor sotong...heheh..harganya 80 sen je. Tak penah2 aku beli sotong semurah itu..lain2 aku beli kacang buncis sket, lobak merah sket, cili api sket. Semuanya RM2.30. Murahkan?? Heheh..balik tu, aku goreng je nasi. Simple.Agak bosan la jugak rutin harian aku kat sini. Tapi kalau hari minggu, aku pecut je keta gi Telok Cempedak dengan Pantai Gelora. Saja lepak2, duduk2...pekena angin laut petang. Seronok. Biasanya aku akan habiskan masa sampai magrib. Solat kat sana, dlm pukul 8 mlm balik rumah. Last week tgk ramai kanak2 main layang2 kat situ. Seronok. Banyak angin, so layang2 senang nak naik. Aku teringin la nak main sama. Tapi nak main sorg2 aku tak tergamak la. Aku nak ajak housemate aku main sekali, tp tak tau la kalau dia nak ke tidak. Kang dia kata aku buang tebiat. Hiss..kalau Yan ada sini, lama dah aku paksa dia main. Bess wooo...
Sejak aku sampai, aku cari tempat yang ada makan bes. Buat masa ni tak jumpa lagi pot2 yg sedap giler2.Tapi kalau nak tempat makan yg agak bes, adalah..haritu aku makan kat pantai gelora..adalah satu dua kedai makan yg letak kerusi meja dekat luar, atas pasir pantai, bawah pokok ru. Okla, nampak santai...aku oder nasi ayam. Sedap gak. Aku tak berani nak oder yg bukan2..selalunya nasi ayam adalah hidangan yg tipikal..dan selalunya sedap. Tapi kat kedai tu, memang sedap la. Lagi satu kedai nasi ayam bes dekat Kuantan parade, dekat food court. Tu, dia punya kuah kicap kat ayam tu sedap. Pantai gelora ni panjang...bleh masuk banyak jalan. Aku penah masuk yg dekat dengan padang golf...pulak tu masa matahari nak terbenam. Wa...cantik..Okla, rasa rilek, hilang la tension kat opis (tensen sebab tak bercakap dgn org...wakakakakak. Sabtu ni plak aku plan nak pekena nasi kerabu. Ada org bgtau kedai " si nun" best. So nak terai. Lepas tu aku plan nak ke bandar, cari kedai komputer. Nak survey barang2 komputer. Tengah pk ni, nak upgrade PC buruk aku kat kg tu ke, beli aje yg baru. Hmm...ni kene pk sehabis baik ni..sebab melibatkan duit yg banyak. nampaknya kopak lagi la lepas ni.
Student life BW
13 years ago
No comments:
Post a Comment