Friday, March 11, 2005

I'm back.....hehehe..dah lama sangat2 tak bukak internet, tak masuk blog. Hari ni baru jenguk, itu pun line kat sini sangat lah semput. Kejap2 mati..tak sampai berapa saat. So far, aku dah ada diberikan tugas kat sini. Membantu tanda laporan makmal dan apa yang patut. Buat masa ni banyak jugak aku tanda...mencabar jugak menanda laporan ni, aku ingat senang je nak buat. Budak2 sini suka betul tulis apa yang tak patut ditulis, dan yg patut ditulis, tak buat pun.Jadi aku tak tau nak bagi markah kat mana. Kalau salah, aku bagi 0 jela. Sikit lah markah budak2 tu. Aku tengok budak2 kat sini lemah. Ada juge yang pandai..tapi kebanyakannya lemah...especially budak2 melayu. Sedih, bila kawan2 aku cerita kat sini, budak2 ni main2. Kalau test tu..tak retest tak sah. Tu tak masuk budak2 yang selamba...kurang respect. Masuk kelas suka ati, suka ati nak amik test ke tidak.Bila aku dengar je, ada juga rasa geram. Mengada2 betul. Aku dah siapkan beberapa set laporan student2 tu. kebanyakannya markah sikit. Tu makmal pertama. yela..kalau dah unit pun salah, graf takde unit, takde tajuk, cuma ada paksi je, markah mana nak bagi. Yang aku tengah tanda ni lagi pening..sebab graf terbalik. Patutnya A vs B, dia buat B vs A. Aku pun hang...tapi nasib baik arini dah jumaat...esok sabtu, tapi kene kerja. Ada meeting...malasnya nak pegi. Kat sini aku masih lagi rasa keboringan. Kadang2 tu aku bantai tido je untuk elak keboringan. Bila lah member2 yang lain nak datang melawat2 kat sini...

hah, lagi satu, sekarang ni ada sorang mamat insuran ni asik call aku. Nak wat appoinment ...katanya nak terangkan pasal satu skim dari syarikat dia. Aku baran betul, sebab aku dah terus terang kat dia, aku kata aku tak mau jumpa. tapi dia boleh lak manis mulut kata dia boleh datang saja2...untuk bekenalan, nak jadi kawan. Huh, kalau cara dia awal2 dah gini , aku tak pikir "kawan" yang diutamakan. Dalam kepala otak dia tu bisnes je. Aku rasa dah cakap elok2 kat dia yang aku tak minat langsung, tapi dia nak jugak jumpa. So isnin ni dia akan call balik nak wat temujanji. Dan aku tetap tak nak jumpa. Aku tak berminat langsung asal insuran. Memang la bagus insuran ni, ada jaminan..tapi aku sendri dah ada plan, yang pastinya bukan syarikat dia. Huh..tensen wooo..cakap dgn org gini..tak putus asa langsung. Yang aku herannya, pandai lak dia cari no telepon opis aku. Sedangkan aku sendri tak ingat no telepon opis ni. Punya bagus dia berusaha..kan dah nampak kat sini, yang dia memang berusaha gigih untuk cari customer?? Huh..korang, tolong lah bagi tips kat aku, cemana nak kata TAK kat dia ni. Aku tak mau jumpa langsung...tak sudi..

No comments: