Thursday, March 31, 2005

Dah masuk 3 hari meng-update-kan nota2 untuk sem depan. Susah sket, sbb kene buat dlm power point. Kalau tulis saje atas tranparensi (cemana ntah ejaan yg betulnya) aku rasa, lama dah siap. Hari ni aku datang keje berasingan, tak naik satu kereta dgn housemate aku. Bukan gaduh ye..cuma aku nak balik awal sket arini. Sekarang ni dia sibuk mengemaskini kan fail2...aku tengok serabut je, so aku pun tak nak la ganggu dia untuk balik awal. So, aku pun drive sendiri hari ni. Awal2 pagi, dlm 8.30 pagi, aku pergi amik PC. Sebab tak nak kaco org lain jugak, aku pun pergi sorg2. Jarak pejabat tu, selang 2 bangunan daripada bangunan yg aku duduk. Mula2 angkat CPU, aku gah lagi...memang berpeluh sakan. Sampai terpaksa berehat sebentar sebelum sambung angkut monitor. Nasibla pagi ni mendung2, nyaman je suasana sebab malam tadi hujan lebat. Lepas tuaku pergi balik ke sana...at last, ada org tolong angkut monitor tu..sorg technician ni. Heheheh..rezeki aku baik awal2 pgi ni nampaknya. Lepas tu pasang PC ni dan kemas apa yg patut. Jadi, mulai hari esok, tak payah lah aku berangkut notebook ke hulu ke hilir, sampai senget bahu. PC dah ada.
Tengahari plak, amik bungkusan kat pejabat lagi satu. Pejabat yg ni selang 3 bangunan dr tempat aku duduk. Hari ni berjalan sungguh aku. Bungkusan dari Jeno..thanks ye! Sampai dah bungkusan ni dengan selamatnya.
Esok dah Jumaat, housemate aku dan kwn2 aku yg lain semua pakat balik kg. Tinggal aku terkontang kanting kat sini. Aku pun tak tau nak buat apa bila sorang2. Kalau nak jalan2 kat bandar, rasanya dah takde apa yg nak ditengokkan. Sama aje. Jadi petang ni aku nak pegi beli CD apa yg patut, serta majalah. Stok utk weekend ni.

No comments: