Saturday, February 05, 2005

Hari ini bermula dengan awal pagi, lepas subuh aku tak leh nak lelap balik. Banyak nyamuk, abis kene gigit. Terus bangun, mandi2...tengok tv. Ada karnival TV3...hmm..tak menarikla..sebab dah biasa sgt. Macam tahun yang sudah2 jugak. Dalam 9.30 aku dengan Azno, pegi cari makan. Kami gi kat belakang bank, ada kedai mak cik jual bubur nasi ayam. Hmmm..best, sesekali ubah selera. Tambah sket dengan lauk paru goreng pedas, nescafe ais..hmm..terangkat beb! Lepas makan terus gi libarary. Heheh..org patutnya masa study dlu la gi libarary, pinjam buku..ni dah siap tesis baru nak pinjam. Heheh..aku cuma nak pinjam buku digital imaging sebab aku pinjam dari DR dlu. Kiranya nanti aku susah nak wat rujukan. Bila sampai library, tak banyak buku yg ada. Tak menarik semuanya....aku amik 3 yg rasa2 sesuai. Bila nak ke kaunter pinjaman, terbantut la aku nak pinjam sebab sistem tergendala. Huh...terpaksalah aku menunggu kat situ sambil baca surat khabar. Lama gak...sampai mengantuklah..aku alergi betul dgn library..nape ntah dari dulu sampai sekarang kalau masuk situ mesti automatik mengantuk :) Bila sistem dah kembali pulih, aku pun cepat2 pinjam buku tu dan pegi ke kedai buku yg bersebelahan je. Masuk situ, terus ternampak buku digital imaging yg aku nak tu...tp buku ni lagi best sebab untuk programming matlab sekali. Huissss......apsal la masa dulu2 aku nak sgt2 buku2 mcm ni takde...bila da siap tesis baru ada depan mata. Hmmm..buku tu baru publish 2004. Patutla..tak penah nampak lagi. Nak tak nak, aku beli jugak...so takyah la aku photostate buku2 yg aku pinjam. Buku sendri ni, boleh conteng2..lagipun, mungkin aku nak guna lagi utk akan datang. Cek wallet...duit ada (ni duit tambang balik, minyak+tol utk hari Selasa nanti). Aku guna dlu..buku tu harga RM88.30..dapat diskaun...so aku bayar RM79.40. Nasib ada diskaun, lega la sket..tak terasa mahal (walaupun mahal jugak...ni harga standard)tapi demi ilmu....aku beli jugak :)
Lepas tu kitorg gi beli air bungkus, sambil tu beli gak ayam goreng seketul...heheh..wat makan time boring2 kat lab. Hari ni aku dapat idea sket je nak wat paper tu. Nampaknya kene bwk balik kampung lah keje ni...gerenti tak siap Isnin ni. Esok, mungkin aku nak ikut azno gi Taiping...jalan. hehehe...okla..nak balik..sudah Asar, nak smyg..perut pun da lapa..hmm..makan lagi :)

No comments: