Tuesday, December 28, 2004

Yeahhh..cuti panjang, langkah panjang, cerita pun panjang. Meh aku citer satu persatu masa aku balik kampung aritu.

Jumaat
Bertolak pukul 10.30 pagi ke KL, sampai dalam pukul 4.00 ptg kat Pudu Raya. Lama kan? Bas tu asik berenti jer..belum apa2 da berenti makan lebih setengah jam kat Sg. Perak...lepas tu berenti lagi..ada la dua kali. Nasib baik KL tak jam teruk. Sampai je Pudu terus gi semayang, tapi takde air. Sampai je turn aku nak wuduk, air tu dah leleh2 je..aku cuma sempat kumur2 dgn cuci muka. Pergila turun, amik wuduk kat toilet. Org punyela ramai..seksa, aku punye la jaga2 wuduk ni, takut terbatal bila terlanggar org yg bukan muhrim.Lepas semayang terus gi naik LRT sampai Salak Selatan. Sepupu aku dah lama tunggu kat situ..heheh..seronok la..borak punye borak.

Dari stesen LRT kitorg terus menuju ke The Mines, jalan2, makan2,semayang kat situ terus. Yan kata, dia pun dah lama tak datang situ sejak berpindah tempat kerja. Aku takde nak cari apa...saja pusing2 kat situ menghabiskan masa sambil borak2. Dalam pukul 9 mlm kitorang terus balik rumah. Aku dah letih, sakit2 kaki sebab terlalu lama berjalan. Bila tiba masa nak tido..lampu dah padam..kitorang tak lelap lagi..asik borak aje..sedar2 dah pukul 4 pagi. Hehehe...esoknya plak ada plan lain.

Sabtu
Pagi2 lagi Yan da bangun siap mandi2..uhh..tak ngantuk ke dia? Aku mata dah melekat..tapi kene bangun gak sebab arini nak gi Sg. Congkak. Apalagi , mandi sungai la..lepas bersiap, terus cari sarapan. Cukupla dengan nescafe ais dan roti telur. Nak tengahari kitorang bertolak ke Sg. Congkak. Jauh la sket....Sampai kat sana, tempat penuh dari bawah sampai la ke atas. Yelah, hari minggu, cuti pulak tu...masing2 bwk famili, kwn2, rombongan. Sampai kat sana kitorg tak terus terjun dlm sungai, tunggu che' M. Dia sponsor makanan aritu, nasi lemak. Lengkap dgn ikan bilis goreng, kacang goreng, telur rebus, sambal, timun dan ulan kangkung. Memang tip top. Dalam pukul 12 tengahari..baru sampai kat tepi sungai dan terus terjun. Syoknya...lama dah tak swimming, dah luper cemana nak amik napas.Punyela seronok main air, sampai tudung pun senget2. Lebeh kurang pukul 3 ptg baru kitorang naik tukar baju, semayang. Cakap psl tukar baju, so far....toilet kat sana tak memuaskan hati. Air paip tak berfungsi elok....kene amik dari paip luar. baunye, bukan main. Sama jugak dengan surau. Surau cantik, tapi org2 kat situ (pengguna)suka kotorkan. Paip tempat berwuduk kat luar...tak ditutup dengan apa2..jd susahla nak cuci telinga, basuh muka bg org perempuan. Cuma itu jela yg tak bes nyer.

Dah penat mandi, kitorang menuju ke Alamanda Putrajaya plak. Sampai sana dah asar, semayang2..baru jalan2. Tapi kali ni tak berapa aktif la, sebab dah letih berenang. Kesian kat Yan, nampak nya dia tak larat sangat.Lagipun dia yg drive dari pagi tadi. Pastu berenang plak..mestilah letih. Alamanda takde apa pun yg menarik. Banyak kedai tak bukak, jd taklah ligat sgt nak berjalan. Lepas magrib , terus balik umah. Balik2 je, cuci baju..semayang, mandi, tido.

Ahad
Pagi2 lagi Yan dah keluar pegi kedai. Projek mihun S'pore heheh....aku tak larat lak nak tolong dia masak. Tolong makan jer. Sedap, resepi baru...mihun S'pore ada tauchu. Sedap. Sambil tu, tengok cerita kartun Mr. Bean Lawak la katun tuh...leka tengok katun sampai lupa yg aku kene balik kg pulak. Abis je katun terus bersiap2 nak balik kg pulak. Kali ni tak naik LRT sebab diorang nak hantar sampai Pudu. Hmm...tenkiu very2 much Yan n Che'M. Nak balik kg ni..ada orang bagi bekal, lepat pisang. Wuyooo...terer la Che'M masak..ble bukak kedai. Mekasih lagi sekali.

Nasib aku baik kali ni, sampai je Pudu, bas aku dah ada. Terus naik, sampai umah lebeh kurang pukul 2 ptg. Balik tu dah tak buat apa..membuta je sampai petang. Malam pulak tengok tv sampai takde cerita yang menarik, tukar pulak tengok CD. Belek2 CD kat uma dah banyak..aku mula2 nak tengok Ocean 12, tp slow plak citer tu...tukar tengok Alexander...slow gak...tukar lagi..last2 tengok 7 Perhentian. Ni sebab budak2 tu tengok sekali..kalau tak aku nak ajer tengok Ocean 12 tu. 7 Perhentian ni cerita paling stupid penah aku tengok. Sama la mcm si Farid Kamil tu selalu sebut stupid. Dia asik menjerit tak tentu hala sampai tak tau apa yg dia cakap..yg aku dengar asik stupid je memanjang. Rugila kalau sapa2 tgk citer ni kat wayang. Tak memberi manfaat dan pengajaran langsung. Lagi bermutu cerita cerekarama atau drama swasta.

Isnin
Pagi ni mak aku buat roti canai dengan kuah dal. Huyooo..sedapnye..Makan banyak lak..lepas makan tak tau nak buat apa..sebab kejap lg nak balik PB dah. Ntah nape tiba2 tergerak nak tgk tiket, takut salah tiket. Ni pun sebab tetiba mak aku tanya " 1hb hari apa?" Aku jawab, "Sabtu". Aku rasa ada yg tak kene dgn tiket yg aku dah beli. Sah memang salah tiket..aku terbeli tiket untuk minggu depan 3hb. Jan. Cemana la aku leh terpikir mcm tu. So, aku balik awal la sket. Sampai Pudu dlm pukul 2.30 ptg. Nak tukar tiket tp semua dah abis. Yang tinggal cuma bas malam aje. Aku tak sanggup la nak tunggu sebab ramai sangat2 org. Nak jalan pun asik langgar2 org. Rimas. Aku gi cari bas lain. Banyak dah abis..tp jumpa satu bas..nama syarikat ni Betong Express. Mcm seram2 je nak naik...heheh..belasah je sebab terpaksa. Tiket aku pukul 6.30 ptg. Banyak lg masa..so aku pi jalan dulu..gi Sogo. Waa....ramai nye org..tak keje ke semua org ni? Siap shoping2 lagi. Aku memang plan nak beli kasut. Susah betul nak cari bila ramai2 ni. Asik terlanggar2 org aje. Terasa lapar..aku gi makan dulu kat Maju Junction. Pekene mi sizzling. Tapi kali ni mcm nak marah je sbb org yg masak ni, tak celur mi ni dlu. Dia main letak je yee mee yg keras ni atas plate panas tu. bengong tul..rasa mcm makan Mamee pulak. Abis makan, terus gi Sogo balik, cari2 kasut..last2 jumpa gak satu. Tak lah lawa sangat. Aku nak yg murah2 je. Padan la dengan harganya.

Da penat beli kasut...keluar gi cari kain baju kurung plak kat jalan TAR. Malas nak pilih sebab banyak sgt. Aku amik je satu kain yg kaler gold kehijau-hijauan...nampak klasik heheh. Ok la, dapat RM25 sepasang. Cek2 beg duit..ada lebih lagi sket..aku pun bli satu tudung yg sepadan dengan baju ni. Malas jugak nak pilih2..aku soh akak yg jual tu carikkan. Abis cerita. Penat...memang penat. Tapi puas hati. Benda yg dihajat semua dapat. Dah siap semua ....aku gi balik ke Pudu.

Bas ni bertolak agak lambat. Aku dapat tempat duduk sorg..single seat. Syok la sket. Yang tak syok nye..bas ni suka berenti lama2. Makan je, berenti kat Slim River...lebih dari sejam. Pastu masuk Ipoh isi minyak..lama gak berenti..yang herannya, bas ni tak pulak nak berenti kat dalam highway..mesti keluar tol..tu yg amik masa nak pusing keluar balik. Padahal, dalam highway dah lengkap dgn hentian rehat, ada kedai2 makan, ada stesen minyak. Masa turun bukit selepas terowong, aku tengok bas ni cukup berhati2. Dia bawak dlm 20km/j aje. Ok la tuh..tapi lepas tu terus dia pecut giler2.....mcm ribut! Sampaikan semua bende dlm bas tu bergegar2.Aku pun tak lene nak bersandar. Sakit kepala bila kerusi bergegar. Mcm duduk dekat kerusi mengurut elektronik.

Sampai PB dah pukul 12 mlm. Bila tiba aku nak call Tini, mintak dia amik kat PB, hp aku lak wat hal. Bateri abis..dan takleh nak on terus. Aku tak ingat sapa2 punye nombor. So terpaksa lah naik teksi...sampai umah...mandi2, semayang, terus tido.
***
Sangat letih, tapi seronok. Bila lagi la nak buat mcm ni...mungkin ada plan akan datang ni. Yan, thanks for the journey, bes! Lenkali kita cari sungai lain nak? To Che'M..thanks for nasi lemak n lepat pisang. Bes, sebiji mcm kat kedai. Lenkali soh Yan plak masak ekk...Alqas, sori tak turun Alamanda malam tu..tak larat.Hmm..hp hang ilang ek? Sabo yek...

No comments: