Wednesday, December 29, 2004

Petang semalam lepas balik dari school aku terus ke bandar PB dengan tujuan nak cari barang2 untuk dimasak. Sampai aje kat sana, gi supermarket cari ayam. Dah dapat ayam, cari bende2 lain plak. Siap beli barang aku pegi ke bus stand plak, hajat dihati nak tukar tiket yang aku tersilap tarikh aritu. Lagipun rugila kalau tak pakai. Aku pun dengan sopan santun tanya org kat kaunter tu...tapi dia kata tak boleh dah nak tukar2 sekarang. Alasannya, sekarang TRANSNASIONAL dah tak buat macam tu. Aku tanya balik, kenapa dulu bole? Kalau dulu bole, sekarang mesti boleh kan? Pastu mamat tu tetap kata tak boleh..yg boleh, kalau beli tiket tu di KL, kene tukar kat KL. Tapi sebenarnya tiket ni aku beli kat sini, dengan dia jugak..Jumaat lepas.Dorang jugak yg pakai online, boleh access penjualan tiket di mana2 sahaja. Lagi pon apa guna buat online, kalau itupon tak boleh nak buat. Aku nak tukar pun bukan free, kene bayar RM1.90. So..fair la tu...buat je la. Tengah aku blank2 kat situ , tiba2 dtgla beberapa org driver kat situ...terus mamat ni bolayan kat aku. Celaka betul...dia ble wat aku terkial2 kat situ..persoalan aku tak terjawab lagi.Aku dendam betul dengan mamat tu. Dia ingat kita customer ni bodo2 alang ke?? Silap la dia, nak kelentong, kelentong la budak tadika...ni aku yg nak ditipunya. Aku marah betul...masuk je dlm kereta..mulut aku pun laju je maki...nasib baik sorg2..takde sapa dengar. Tapi aku masih dendam ni. Tengok la nanti..aku nak tau jugak, betul ke yg memang dah tak boleh nak tukar tiket. Atau dia malas?? Malas nak mampos? Aku masih tak puas hati.....rasa macam nak langgar je dia, biar dia tak keje situ lagi!

No comments: