Mak telepon dari kampung, bagitau yang dia berhajat nak buat kenduri hari minggu ni. Kenduri nak sambut puasa dan arwah bapak aku sekali. Waa..maknanya puasa dah nak dekat..tinggal berapa hari je lagi.Mak tanya boleh tak aku balik? Dah tentu aku balik, kalau pasal makan-makan ni aku suka. Jauh cemana pon nak balik juga.Aku tanya, siapa lagi yang balik, then mak jawab..."ntah tak tau lagi. belom telepon orang lain".Aahh..macam tula tiap kali kenduri..aku orang kedua yang diberitahu selepas abg atas aku ni. Abg aku tetapkan tarikh kenduri dan aku....tetapkan keje-keje yang nak dibuat masa kenduri (apalagi..bab masak2 dan potong2 la...dan tak ketinggalan, cuci pinggan).Tapi kali ni mak aku beli nasi dan lauk pauk yang siap.Siap bubuh dalam dulang. Kat kampung aku makan dalam dulang. Zaman sekarang dah ada katering yg isi nasi dlm dulang.Abg aku yang nak wat mcm tu. Aku kurang berkenan, sebab nanti lauk sikit. Tapi mak aku kata dia nak masak juga untuk family...yuhuuuu...heheh..menu apa yg sedap ekk? Mak aku tanya, abg aku yg sama tempat keje dgn aku ni ada ke...heh..aku kata ada, then mak aku pon bising la.."apsal dia tak balik2? lama dah tak balik?" Aku jawab "Entah dia..sibuk kot..."Mak aku balas balik "Sibuk apanya? Budak2 peksa ker..." Aku pon malas nak jwb...tp jwb juga.."Ala..aritu ada pameran la ntah apa ke bende projek robot dia tu..kdg2 gi kl..tp ada je nampak dia kadang-kadang tu". .
Saat paling seronok kenduri adalah masa goreng ayam untuk dibuat lauk.Heheh..masa tu sambil menggoreng ayam, mulut pon penuh ayam.Yang tak best nya...kalau aku kepenatan sgt lepas wat itu ini...nak curik2 tido pon takleh..mesti bising punye. Dan dah jadi kelaziman, bila dah petang...nasi dah masak, lauk dah siap...tugas aku nak hantar lauk pauk tu ke rumah jiran2 dan sedara terdekat. Tapi sekarang tugas tu dah diambil alih...anak sedara 3 org kat umah tu dah boleh disuruh heheh. Itula keje aku dr kecik sampai la besar panjang tua ni...
Student life BW
13 years ago
No comments:
Post a Comment