Sejak beberapa hari ni aku tak sedap hati....walaupon nak menulis sepatah kata dalam blog ni.jadi aku biarkan blog aku kosong....
Semalam aku berehat kat rumah sambil kemas bilik, cuci bilik air..lega bila tengok lantai berkilat, bilik teratur. Tapi letih, letih termenung. Aku dah mula pikir macam-macam....bila aku dapat berita dari sepupu aku yang dia dah plan nak kawen next year. Huh....next year lama lagi, tapi macam dah terasa esok. Susah juga nak kawen, banyak pulak risiko dia nak hadapi nanti. Siapa kata kawen tu senang? Aku tak nampak macam senang, aku rasa keadaan nya macam seorang musafir mencari satu sumebr air kat tengah-tengah padang pasir. Sepupu aku dah ada plan, kira dah berjaya hingga ke tahap ni. Aku rasa nak plan pun susah..Aku? Mungkin itu yang aku pikir sejak akhir-akhir ni. Aku tak nak pikir sebab aku ada banyak keje nak disiapkan. Bila aku pikir, hasil keje aku tak berapa memuaskan. Tapi aku terpikir jugak nanti bila tiba masanya...macam sekarang ni.
Tengok rancangan NONA semalam, ada cerita pasal seorang wanita yang dah berjaya pergi antartik. Bagi aku berita tu biasa saja, tapi NONA memfokuskan kepada semangat wanitanya yang berkobar-kobar nak buat sedangkan wanita yang lain rilek-rilek kat sini.Dia nak buat semua tu salah satu sebabnya ialah kepuasan diri. Yeahhh...kepuasan..wanita tu boleh buat satu perkara yang dianggap telah memuaskan dirinya serta seluruh rakyat Malaysia. Berbeza dengan aku, yang nak mencari kepuasan diri,tapi sampai sekarang tak jumpa-jumpa. Aku nak buat aktiviti yg aku suka pun payah sekarang...mmm..aku masih tak puas sebenarnya.
Student life BW
13 years ago
No comments:
Post a Comment