Monday, June 07, 2004

Dah masuk hari Isnin...mmm...cepat je masa berlalu. Kunun nak siapkan keje cepat-cepat, tapi tak gak jalan. Sabtu Ahad bersemadi kat lab ni.Buat balik program hari tu, perbaik sikit2, tapi masih tak mo nak jadik. Sampai la ke petang semalam. Balik petang semalam, makan2...mandi, semayang magrib pastu baca la suratkabar ...tiba-tiba pandangan aku kabur. Sedar-sedar aku terdengar benda meletup-letup kat luar..aku celik mata..hujan...mm..yang letup-letup tu guruh rupanya. Aku bangun untuk semayang Isya, jam pun dah pukul 11.30 malam. Huh, ingat tido kejap...lama gak dah terlelap. Lepas semayang sambung tido sampai ke subuh :P

No comments: