Thursday, June 03, 2004

Baru lepas bersarapan nasi lemak. Boleh kata sejak minggu lepas hari2 bantai nasi lemak. Tak lama lagi banyakla lemak2 menempel kat perut. nak buat macam mana, ini je senang nak dapat.
Hari ni Alqas tak datang, so maknanya aku takde geng nak borak masa buat keje. Dia nak gi kenduri kawen kat jauh...bersiap sakan dia, dengan baju kebaya. Aku tak sempat nak tgk dia gayakan kebayanya, aku dah kuar rumah tadi dia masih dengan kain batik dan t-shirt James Dean dia yg unik tu.
Dalam seminggu ni takde siapa call aku, dari hari ahad aku tgk bateri handphone ni ada lagi, masih mampu utk bertahan. Jimat kuasa elektrik la plak. Tapi takde aktiviti yang boleh aku buat petang2. Balik umah terus mandi2 dan tengok tv. Agaknya kalau aku macam ni berterusan, mesti gemuk. Buat masa ni aku tak berminat nak buat apa2, aku cuma suka sendiri aje. Aku penah cakap dengan seseorang, suatu hari nanti kita akan merasa sendirian, takde sesiapa nak berbual, nak mengambil tahu, kita kene menghadapi sorang diri. Diantara waktu ni la yang paling menyakitkan sebab kita selalu harapkan keadaan sekeliling untuk jadi ceria dan buatkan kita ceria jugak.Rupanya bukan senang nak jd ceria, apatah lagi bila dah sorang2.
Apa aku merapu ni? Lantaklah labu.....

No comments: