Aku dah sampai kat lab, orang lain takde lagi. Aku pon terbangun agak lewat sikit, terasa macam hari minggu pulak..ye la, semalam cuti...terbayang-bayang pulak hari ni macam Ahad. Krismas aku sambut dengan begitu mandom sekali. Tengok tv , tido, makan. Hari Rabu tu aku dah siap kemas paper-paper yang aku agak nak baca kat uma, tapi sentuh pon tidak. Takde mood langsung.
Masa aku keluar rumah tadi, Nurul tengah berjoging. Perghh..baguih la minah sorang ni, bersemangat waja. Alasannya dia dah makan benyak semalam masa gi open house member dia kat KL...
Baru malam tadi Yan mesej, katanya Angah , Epul , Amat beraya umah dia. Dia buat rumah terbuka kecil-kecilan. Makan mi kari, nasi himpit,dan ntah apa lagi...aisehhhh...jeles! jeles! jeles! Mesti best budak bertiga ni datang..aku dapat bayangkan ruang tamu umah Yan tu paling koman pon bergegar kalau dorang gelak. Hari tu si Angah buat open house jugak, tapi hari Khamis. Cemana aku nak datang...Semua orang buat open house dalam tengah-tengah minggu..Hishh...jeles! jeles!!
Takper la..malam ni Azeno ajak aku tengok LORT, aku nak ikut. Aku pon nak berseronok2 jugak. Aku cadang nak tgk Peter Pan...biar Azeno dan adik-adiknya tengok LOTR aku gi tengok Peter Pan. Kan best gitu...
Student life BW
13 years ago
No comments:
Post a Comment