Wednesday, October 15, 2003

Banyaknya kerja...tu yang tak sempat nak blogging. Better than takde keje..dari asik menganga je, pastu bosan. Baru aje aku siapkan satu presentation powerpoint untuk hari Jumaat ni. Project leader dari KL nak mai sini ...nak tengok perkembangan projek kat sini. Kembang? Takde nya nak kembang...kalau otak aku ni asik stuck aje.Tu belum campur dengan pelupa nya. Last week baru siapkan 1 program kecik...ni banyak lagi nak ditambah.Minggu ni boleh tahan la penuh aktiviti harian aku. Walaupon tanpa aktiviti biasa (bercakap kat tepon)..tapi aku bleh teruskan idup..muahahah...actually aku rindu kat dia...ermm...dah 3 ari Kz tak call. Dia bercuti seminggu..aku harap sangat tepon aku berbunyik..apa kan daya..kalau campak masuk dlm kotak pastu masuk dlm almari pon bagus..memang dia tak nak berbunyi..Aku sorang je ke rindu kat dia..dia tak rindu kat aku ker??

Sebab tu la aku mula menyibuk2 kan diri supaya tak terkenang kat dia...Sabtu ni, aku nak join trekking...Dr. R beriya soh pegi. Asalnya kami berempat nak gi...last2 tinggal aku dgn Alqas je. Satria and Azno adahal..memula ingat tak nak pegi jugak...tp bila Dr. R dah cakap mcm ni " Boleh saya tau apa sebabnya Diyana tak nak pegi?" ermmm..malas la nak beralasan alasan. Pegi aje la...tengok tentatif program pon boleh tahan la..ada trekking, redah sungai, caving...aktiviti ni buat kat Gua Gendang ,Perak. Aku tak penah masuk gua..setakat Gua Kelam kat Perlis tu adalah.Itu pon pegi ngan mak aku dulu....tapi sesekali buat yg lasak best jugak ye.Pegi dengan mak aku mana bleh lasak2...nanti tercicir mak aku..susah pulak. Sekurang-kurangnya aku dapat merasa semua ni sebelum tiba masa TAK BOLEH.Mana tahu masa akan datang ni dah kerja sibuk..takde masa nak buat aktiviti riadah macam ni. Kalau setakat "riadah" kat shoping komplex tu...tiap2 minggu boleh buat. Tak gitu?

Anyway malam ni Alqas bg idea menarik...konvoi motor cari sate....errk...nurul, jadik ke??

No comments: