Aku rasa semuanya kerana rindu
Aku rasa teringin sangat nak bertemu
Aku rasa nak berbual dengannya seperti dulu-dulu
Aku rasa bersalah menuduhnya melulu
Aku rasa dia pun dah naik jemu
Aku rasa pedih kat mata
Aku rasa teramat sedih pada apa yang terjadi
Aku rasa semuanya kerana aku sendiri
Aku rasa akulah penyebab dia jauh hati
Aku rasa akulah orang yg tak pandai menjaga hati
Aku rasa akulah orang yang suka ikut kepala sendiri
Aku rasa cukuplah setakat ini
Aku rasa tak mampu meluahkan semuanya
Aku rasa nak tido selama-lamanya...............
Student life BW
13 years ago
No comments:
Post a Comment