Saturday, September 13, 2003

Semalam tak sempat nak blogging. Maka aku nak cerita kisah semalam. Pagi Jumaat, aku jenguk Alqas ada kat bilik, baru balik dr KL. Masa aku tengah bersiap nak pergi school, dia yang mamai dengan muka tido datang bilik aku menjinjit "barang".

Alqas : Diyana! Ada 2 nih...ambik sorang satu , jangan rebut-rebut!
Aku: Amende nih??!! (muka pelik)
Alqas : Tempat letak tisu...ADi bagi. Dia bawak 4, cukup sorang satu.
Aku: Sapa tak amik lagi?
Alqas : Satria. Ermm...baikkan dia. Ingat kat kita..4 orang lak tu..heheh
Aku : Eii...lawa2...a'ah...terharunya, ingat dia kat kita2 yek...(sambil membelek2)
Weh, cemana nak guna nih?
Alqas : Masukkanlah tisu..
Aku : Takde macam bentuk kotak pon! Oooh..letak tisu je kut???
Alqas : OO..yek?
Aku: Jap..Azenooooooooooooo!!!!! (dan perbualan seterusnya dibilik Azeno, sambil bincang cara nak guna menda tu)

ADi, thanks ya!!

No comments: