Monday, September 22, 2003

Hujan renyai-renyai, alhamdulillah....sejuk sikit muka bumi ni. Hari minggu aku kali ni bosan sekali...semalam, aku cuma makan, baca surat khabar,tengok tv, makan lagi...baca buku undang-undang jalan raya.....terlena.Bosannya membaca.... Aku baru nak amik test undang-undang hari Khamis ni, baru je pegi kursus hari Sabtu...dengan erti kata lain...aku belum ada lesen "P" lagi. Ye la, aku memang lah rasa ...agak lewat nak belajar memandu...masa datang kursus tu semua budak2 lagi tapi ada la 2 orang yang dah mak budak. Masa kursus aku dapat cikgu garang. Suara dia...kagum betul, kuat....macam nak bagi command perbarisan. Perempuan....tegas..aku ingat lagi kata2 dia masa mula-mula masuk.."Saya tak suka suasana romantik dalam kelas saya..." Huh!! Memang tak jadi la nak roman.....sekali pon. Tak sempat. Suara cenggitu, kalau ada dok sakit jantung lama dah. Tapi dia bagus...dia boleh buat semua orang dengar apa yg disampaikan. Garang nya dah satu hal..pastu cakap lepas. Ala, biasalah..kalau tak berterus terang mana orang nak paham. Lawak orang utara memang begitu. Walaupon dia perempuan, dia tetap meyatakan pemandu perempuan ni slalu buat leceeeeeeeeeeeeh!. Dah le time tu kami sebaris depan semua perempuan. Apa pon aku pon terkene sedas dua...soalan dia tanya...." Motor ada bateri ke tak?" Hish...aku tak terjawab...walaupon dah besa naik motor tapi tang tu aku tak tau la plak...memang kene ketawa la masa tu dgn budak2. Erm...ada ke? Hon tu ghupenya pakai bateri...ahaks!! Bendul la aku ni...malu seyyh...nasibla depa tak tau aku budak U...budak engine lak tu...aku kata kat depa aku keja..hahahahah..tapi bukan aku je yang tak tau..most of the class bendul2..macam aku jugakla..hahaahah....kantoi!

No comments: