Hari ni tak sebest semalam. Semalam tak sebosan ari nih. Hari ni aku cuma mengantuk, menguap tak berhenti. Semalam tak sempat nak menguap...tetiba lak semalam jadi "fasilitator terjun" untuk seminar motivasi SPM/STPM bebudak SMK Ahmad Tajuddin, Bandar Baru , Kedah. Hehe..lama dah tak bercampur ngan bebudak..syok juga..tapi susah nak menarik perhatian diorang dengan apa yang kita nak sampaikan. Mula-mula senyap aje....nak cakap pon susah..bila dah lama..nampak la meriah sikit. Aku pon bukan reti sgt bab ni...buat sekadar termampu. Di akhir majlis, pihak sekolah beri kami cenderahati...ataupon cenderamata..bukannya cederamatahati. Kami semua buat seikhlas hati, nak tolong adik2 yg nak mula pereksa bulan depan...lagipon aktiviti macam ni seronok..disebalik cederahati..ada duit..ohoo...dapat duit...yeyeyey..sonoknya..tapi macam tak kena je la, kami pon ikhlas nak buat..tak tau pon yg kami dibayar. Apeapehal pon, terima kasihlah. Orang dah kasi kami ambik.
Tak cukup seronok disebelah siang..sebelah malam lagi seronok.Sebab ada insan mulia yg bagi satu "kod nombor" yang membolehkan tepon aku idup semula. Hehehhe...terima kasih bang! Kesian pulak, aku tau Kz sunyi kat KL sorang2...takde kawan nak ajak keluar....tapi takpe..dengan keaijaiban "kod nombor" tersebut..maka kesunyiannya akan terubat. Aku akan tetap menemaninya.....
Student life BW
13 years ago
No comments:
Post a Comment