Wednesday, August 06, 2003

Bosan-bosan malam ni aku ikut kak Sit ke school. Aku tak cadang nak buat apa2 pon. Ingat nak baca-baca skit buku yg lama aku tak bukak2.Bukak je emel, dapat la emel dari supervisor aku. Petang tadi aku attach kan aku punye presentation power point. Ada la kene betulkan...biasala tu ayat tonggang langgang. Sedih lak rasanya, dah tua2 macam ni pon nak "mengarang" masih tak lepas. Terasanya macam zaman sekolah menengah dulu. Form 5 , zaman aku tak suka subjek English. Pada hal subjek yang aku paling suka masa form 3. Masa tu cikgu nya pon jenis yang "double standard". Time public speaking...kalau dia suka sorang budak tu...budak tu je la yang ditanya..budak tu je la yg menjawab. Lama2 aku pon naik bosan.No wonder la bila peksa , teruk belaka result aku.Bila dah masuk U, time study je aku guna English...time berborak...sepatah haram takde pon. dapat geng sume melayu..tak ingat dunia la kalau bercakap. Sekarang...sapa susah?? Aku jugak....terkial2 nak mengarang setakat 5-6 muka surat. Malu betul kat supervisor tu....isk...malu argh !!!

Erk...tak suka nya ada perasaan merendah diri macam ni ;(

No comments: