Sabtu Minggu Pertama. Ye..ikutkan sebenar hari ni cuti tapi aku datang school gak. Ajaib kan? Selalunya aku tak lepaskan peluang cuti macam ni.Memandangkan kat umah takde aktiviti selain menonton tv baik aku lepak sini. Aku nak datang malam tadi tapi roomate aku ada jamuan pulak. Terbantut aku nak pegi. Lagi pon pagi-pagi tadi aku teringat cokelat dengan mamee yang aku beli semalam, ada kat school, terlupa nak bawak balik. Tu yang aku berkobar-kobar nak datang sini. Sejak dua menjak ni semangat makan aku bertambah. Tu namanya "kesan kebosanan".
Aku dapat emel Aju, kawan & housemate aku masa undergrad kat Johor. Dia kata konvo kat Kuittho 2hb 8 ni. Dia tanya aku nak datang tak...ikutkan ati memang aku nak pegi.Nak jumpa kawan-kawan lama. Rindu giler. Konvo kali ni ramai geng-geng aku yang grad...so berbaloi juga kalau datang jauh-jauh ni. Cuma masa dan sen je yg menentukan sampai ke tak aku kat sana. Teringat masa aku grad dulu, diorang semua datang....siap kasi aku bunga. Suka+sayu...ingat juga kat aku. Paling aku tak leh lupa, member aku Liza & Kak Mun, penah hadiahkan aku sejambak bunga chrysanthemum. Tapi rasa pelik, sebab bunga tu tak berbalut (macam beli kat kedai). Nak kata diorang tanam...tentulah tidak. Aku tanya Liza mana dia dapat. Dia sengih jer....last sekali baru dia mengaku dia "pow" kat pintu Dewan Besar Kuittho (tempat berlangsungnya majlis konvokesyen tuh) petang tu lepas majlis tamat. Memang banyak bunga segar yg memang dibeli untuk hiasan..ala yang macam kat stage tuh..Huh!! Aku bangga sungguh dengan kawan aku yang berani ni...(walaupon namanya CURI). Masa diorang pilak..aku tak nak kasi bunga...aku tengah pikir nak kasi apa. Pekjah (kwn aku gak) penah mintak teddy bear kat aku...gilos!! Aku sendrik takde nak kasi orang pulak..nanti la, ada la juga hadia untuk diorang tu. Sekurangnya kalau aku tak dapat datang pon, hadiah tu mewakilkan aku la.
Student life BW
13 years ago
No comments:
Post a Comment