Thursday, June 12, 2003

Semalam aku puas pikir apa maksud ayat2 sms yang aku dapat tuh. Banyak makna tuh dalam satu ayat. Pepagi ni plak dapat respon dari someone..Secret nama dia...hello Secret, welcome! welcome! Ok...kita tukar topik...

Dalam beberapa hari ni aku cuma merangka untuk kerja2 aku ni. Kelmarin petang, aku jumpa co-supervisor...ingat nak bincang pasal publication paper pastu masuk pasal segala problem projek ni. Dia (co-supervisor) suggestkan aku untuk guna satu kaedah baru yang dia pon tak biasa lagi dengannya..Convolution Neural Network....ermmm, neural network ya? Tu satu lagi mende yang aku kene study lain....aku kene mula dari 0 la balik. Masa ni aku cuma review paper yang berkenaan tapi satu apa pon tak paham..akibat dari tu..aku akan duduk main2 kat depan pc sampai bosan..nasib baik aku tak install game kalau tak nahas projek master aku ni. Sekarang ni sepatutnya aku kene pi cari buku...aku jumpa satu buku , dan tunjuk kat supervisor aku tuh..dia soh aku pegi order...satu keje la plak...dah survey, harga dia boleh tahan mahal gak..US$220++..tu baru US dolar. Kalau convert duit sini..bergandala nilainya.

Aku ingat banyak lagi keje yang aku nak kene buat nih. Tapi bila duduk depan pc..main2 software aku pakai tu..kejap menjadi kejap tak jadi terus...isk..isk..parahnya..ni dah bulan June..kang tak lama lagi Disember..waaa...aku kene kejar semua tu..cammana yek?

::: Jawapan semalam : Little Rascal....(seperti yang dijawab oleh Alqas kat chatterbox tu)

No comments: