Dah dekat tengahari baru aku nak mulakan jadual hari ni. Pagi ni datang lewat skit, keluar gi breakfast dengan KZ tadi. Ambil masa sket sebelom dia balik. Dia dah balik pon...sedih?..mmmm..adalah. Biasa lah tu, adat. Weekend ni bermakna gak buat diri aku sendri. Kali ni biarlah aku flashback cerita dari hari yang aku balik KL tu, Jumaat. Pagi aku sampai Kl, aku tido jap kat pudu. Tido kat sebalik tiang sementara tunggu subuh. Dah siang baru aku cabut ke Keramat. Sampai kul 12 aku balik terus, tapi sangkut jap kat KLCC. Shoping lerr.....aku ingat nak cari baju yang elok2, tapi ya Rabbi susahnya. Baju semua jenis yg tayang ketiak, perut...tak daya aku. balik dr masjid jamek aku kene hujan, sampai umah aku dah separuh nyawa je. Malam tu demam kejap...idung pon mula dah berair2...esok tu aku ok dah...aku dayakan gak balik ke PB. Sebelum tu jumpa KZ kat KL dulu sebab dia pon nak ikut sama. Aku datang lambat, dia pon sama. Tetiba lak banyak kereta hari tu. Yang malangnya, sepanjang petang sampai malam tu ujan. Aku ajak KZ gi Mydin, beli toto..ala..yang tilam ala comforter tu....KZ tolong bawak ler..heheh..jahat tak aku? tak per, orang nak tulong apasalahnya kan.
Kitorang tersilap jalan masa nak masuk higway, terpaksa ikut jalan biasa ke Rawang, tu yang lambatnya. Best gak duk lama2 dalam kereta...kerja aku asik bercakap aje...tak berenti.Nak tolong drive aku tak reti. Jadi sumbangan aku, memeriahkan suasana la supaya KZ tak ngantuk. Sampai uma aku pon dah lewat tapi sebelum tu cari hotel untuk KZ tido.Lepas tu baru la kitorang makan kat kedai mamak.Itu pon tak habis mee goreng yang diorder. Terlalu penat kut.
Esoknya (Ahad) bermulalah satu pengembaraan sepasang insan ke satu daerah yang agak asing..heheh..kitorang gi PP..saje, tengok tempat orang...dengan aku yang tak tau jalan, jadi masalah...kesian KZ, terpaksa buat u-turn banyak kali ...dengan tersilap jalan...biasalah tu..baru advanture. KZ banyak memerhatikan orang. Dia memang suka tengok orang.Biasalah , sesekali ke tempat orang kita belajar la cara orang kat sini...puas gak kitorang berjalan semalam.Seharian , semalaman. Pukul 11 lebih baru balik rumah. Sebenarnya dari siang tu lagi aku dah sedih , bila tau dia nak balik..ye lah, lepas ni bila lagi nak jumpa..susah. Sorang kat utara, sorang di timur. Kan 2 highway yang berbeza tuh!....Aku paling suka masa makan malam semalam, time tu kitorang singgah kat hentian rehat Juru....dah lapar, tiba2 KZ nampak gerai jual mee udang..dengan stail tersengih2 nya tunjuk kat aku..."mee udang"..Dia tak pernah makan sebelom ni...aku yang makan dulu2...pastu aku dok bercerita ke best san mee udang tu .tapi tak semua tempat buat sedap.Yang paling best aku makan kat Pulau Aman , dalam mangkuk tu je ada udang yang besar-besar lebih dari 5 ekor...sapa tak bahagia yang makannya. Agaknya dia pon teringatpasal cerita kau tuh. Aku pon orait je....masa order tu pelayan tu tanya nak yang berapa ringgit?...kitorang pon pelik..takkan ada berbeza2 harga?....confius...skali tu dia kata ada yg RM5, RM8, RM10...terkejut aku dibuatnya...dalam hati aku terpikir gak macam orang ni nak niaga apalah.....takkan setakat mee udang bleh cecah RM10???....mengalahkan Kenny Rogers jerk!! Skali tu KZ kata nak RM10....pelayan tu tak dengar...so aku ulang semula...RM10 untuk 2 orang...maknanya RM5 semangkuk la..tu yang paling murah..skali tu KZ tanya aku balik, berapa ringgit?? Bila aku kata yang RM5 dia trus kata nak yang RM8 untuk 2..mak aihh..terkejut aku. Tapi dia yang nak, aku ikut je la..aku takut kalau mee tu tak sedap...kang lain cerita plak...kang banyak menyumpah dari memakannya. Pastu gi beli air...air kegemaran aku, nescafe ...tapi sepanjang makan dan minum dengan KZ tu...dia pon dah ubah selera kepada nescafe. Sebelom ni dia tak minum semua tu...sebab kadang-kadang bleh pening katanya. Dia minum ni pon sebab dah tak leh minum teh lagi...berangin.Sian jugak...tak lama pastu mee yang diorder pon sampai...Mak aihhhhh...besaunya udang.....patutla harga nya berbeza2..rupanya berbeza sebab bilangan udang dalam tu..makin mahal sebab banyak udang...ada 3 ekor...cukup lah tu..besttttt....KZ kata tu anak udang galah. Baru aku tau...aku reti makan je.Aku lepas ni nak try la , cari resepi mee udang, pastu bleh masak sendri...masukkan udang besar2...udang macam tu baru RM28 sekilo....satu periuk bleh makan...Time tu aku nengok KZ syok sungguh makan...macam nikmat je.Sonok lak tengok dia makan gitu...sepanjang makan tu senyap je..takde satu bunyi pon..tu menandakan tengah bersungguh menikmati hidangan...dan aku rasa saat tu, suatu peristiwa yang 'sweet' untuk aku kenang...so sweet.....
Dia dah balik lepas hantar aku dari breakfast. Maka lepas ni aku kene concentrate dengan kerja lak.Biarlah kenangan ni tersemat kat kepala otak ni ha....dan aku dapat sesuatu yang aku cari selama ni....satu "jawapan" yang melegakan aku...dan rasanya aku boleh menangkis segala kekeliruan dengan jawapan itu....thank-q KZ! its a wonderfull day.....
p/s: sesapa ada resepi mee udang, boleh lah hanto kat emel aku....nanti kalo dah pas masak, bleh aku hantar semangkuk kat korang!!
mmmmmmm......!!
### Fall in love with KZ and also mee udang...yummy!! ###
Student life BW
13 years ago
No comments:
Post a Comment