Saturday, January 16, 2010

Hati melonjak keriangan tatkala kaki melangkah keluar seawal subuh yg dingin sampai ke tulang, apatah lagi bila dapat naik bas...3 jam tak terasa lama. Sampai di stesen Kyoto, dah rasa seronok, bila dapat naik train untuk menuju ke Nara, berbunga2 hati aku ni....iskk..ni lah perasaan nak digambarkan bila berbulan2 lamanya terkurung di Shikoku. Hati rasa kekaguman bila melihat pemandangan di atas dari dalam train. Satu pandangan yg lain, kalau diamati, tak banyak warna kan? Suram, cume coklat warna nya...ya, di sana sini semuanya begini warnanya menunjukkan sedang winter. Aku sendri lelah nak adjust kamera, susah untuk pemandangan seperti ini.....maka perjalanan kali ini aku tak banyak ambik gambar sebab mungkin sia2 saje..kebanyakannya tak menjadi, almaklumlah..aku tak expert amik2 gambor ni..so, aku simpan segala gambaran yg indah itu dalam kepala.
Aku dgn Wani menuju ke Nara, dan tempat utamanya ialah Todai-ji. Satu temple, bangunan kayu terbesar di dunia, juga diiktiraf sebagai World Heritage oleh Unesco. Nara, adalah antara tempat terawal bangsa Jepun. Dalam kawasan yg besar ni, ada banyak temple yg lain. Istimewanya di sini, ada ramai penghuni Nara yg tetap iaitu rusa. Sang rusa ni bebas bergerak...dicelah2 manusia. Kadangkala aku rasa, manusia yg di celah2 rusa. Kawan jepun aku kata, memang Nara ni terkenal dgn rusa dan ianya dikaitkan dgn tuhan mereka. Tapi kawan aku ni tak setuju pun bila org jepun sendri mengatakan rusa itu tuhan nya..hehehe...aku namakan Mr. T la kwn jepun ni, dia bawak kami jalan2 ...aku janji dgn dia pukul 12 tp aku tersampai awal pukul 10.30. kelamkabut dia tapi dia sampai jugak tepat pada waktunya di stesen Nara. Apa yg seronok kat sini pada aku cuma rusa. Aku sgt hairan dan ajaib bila tgk kawasan ni tak berpagar langsung...rusa ni bebas..dan disebelah taman2 ni semua jalan raya. Mr. T kata, memang ada rusa akan berjalan atas jalan raya tapi ada undang2 khas di sini. Pemandu kene berhati2 dan tak boleh langgar rusa tersebut..kalau terlanggar penaltinya lebih mahal dari langgar manusia...heheh...nasib baik aku mai dgn tren..selamat la kan. Kali ni aku tk banyak amik gambar, sebab sibuk pegang rusa...heheh..rusa ni pantang tgk tangan masuk poket, dia ingat ada makanan dan dia akan dtg dekat dan sondol2. Syok weh...terasa mcm main dgn kambing lak..tp aku tk penah main kambing pon. Kat tepi2 jalan dalam taman, ada banyak org jual biskut rusa. Makanan rusa...utk kita bg. Mr.T beli...habis dia kene hurung, kemudian dia pass pulak biskut ke aku..aku pulak yg lelah kene hurung...heheheh..kami tak punye masa yg byk, pukul 4.30 kene bergegas balik ke Kyoto sbb bas dari sana pukul 6.50 pm. Memandangkan stesen kyoto besar ya amat...kami takut tak jumpa tempat bas. Sedih....kene balik awal. Ikutkan ati nak je stay over night ..round2 kat sini...Next time..rasa mcm nk dtg lagi..tp dtg niat utk shoot gambor saja...tak puas lg travel kali ni. Maybe..aku nak travel lg Kyoto-Nara next spring....sakura time!!
Masa balik tu di stesen Kyoto..kami sesat. Kami keluar dari tren trus ke arah laluan yg salah...tak jumpa tangga utk ke main entrance. Dengan org yg ramai giler2..siap sondol2..aku dah pening...pastu pening lagi pikir nak beli omiyage apa utk kwn2 di lab..budaya di Jepun, kalau ke mana2...kita bwk buah tangan utk sahabat2 lain. Buah tangan tu bukan buah, tapi di sini kuih2, biskut2...setiap tempat mesti ada jenis2 kuih special. Aku tk beli di Nara, sbb malas nak pegang hehehe..tapi Mr. T ckp Nara special dgn jeruk2 sayur....so aku beli di Kyoto. Punye la byk dan macam2 bende ada...tp semuanya mahal2 belaka...maka aku beli yatsuhashi -sweet soft rice cake ada pelbagai rasa. Sedap, sgt lembut....bila aku bagi kuih2 tu pada kwn2 di lab..mereka gelak besar bila aku ckp kuih tu dari Kyoto (sebab dorang tau aku gi Nara) hikhikhik...janji ada kan. Aku tak tau pun apa nama kuih2 ni..tapi Mr. O yg ajar..yat--su--ha--shi....heheheh..aku asik sebut hatsuhashi..nila, cakap jepun memang aku tak pernah pass.
Ok, utk gambar2 di Nara boleh lah tgk di flikr.

No comments: