

Sabtu, bermula la episod cuti-cuti sakan di Jepun. Bermulanya cuti kerana adanya Golden week. Rakyat di sini mengambil peluang bercuti sakan pada waktu ini sahaja kerana mereka ini gila kerja. Apa kurangnya aku, mengambil kesempatan juga kerana aku rasa ini je masa terbaik utk berjalan. Plan kali ini lama dah buat, siap study tu..study map, jalan2, attraction bg tempat ini. Tempat yg dituju adalah Oboke Canyon. Kalau tanya org di sini...mereka akan cakap, pergilah Disneyland, pergilah Universal Studio. Bila aku tanya...tau Oboke? Mereka akan bertanya kembali , "apa tu?" Cesss....sebab itu aku wat research pasal tempat ni. Oboke ni dalam pulau Shikoku juga, maka taklah abis duit nak travel. Cume perlukan sebuah kereta dan petrol je utk bergerak. Dengan train pun buleh. Keasyikan perjalanan aku dgn Fuza telah bermula dari awal lg di mana pemandangan yg menghijau, segala lembah...rasa cam dalam iklan je. Jalan mcm kene patuk ular..bengkak bengkok dan naik trun bukit. Mcm biasa, aku co-pilot je.....tak pegang stereng. Gayat beb....jalan cukup2 kereta je...huhu....tempat ni terkenal utk white water rafting. Mcm ada satu brand pakaian sukan & outdoors yg kendalikan aktiviti rafting, Mount bell namanya. Sini terkenal dgn sungai yg cantik hijau ebiru-biruan (ala2 kaler kain sekola gitu) dan juga...tebing sungai yg terdiri dr batu2 yg sgt cantik. Kagum tgk keindahan yg Allah bg ni. Pueh hati la ke mari..Masa kat sini dihabiskan dgn amik gambar je. Macam tak nak balik...hhehe..pastu balik tu tersesat pulak. Hehehe...sebenarnya nak jalan ke mari takla susah sgt...ikut je nombor jalan 32...ntah mcm mana..time balik tu dah malam...sampai 1 kwsn simpang tu..tetiba dah takde no 32..berganti no lain plak. Haru betul..2-3 kali gak pusing tak jumpa last2 ikut je jalan yg lain. Nasib sampai..berderau gak sesat2 kt negara org yg takleh nak communicate. Masa pergi tu elok je..siap tanya pakcik jual buah la..pakcik tepi jalan la..makcik kat gerai la...aku paham2 ke ckp dorg ni..janji..gesture tgn yg tunjuk arah tu betul. Akhir nya sampai jugakla..so..saki baki gambar lg aku upload kat FP..sila lah klik sini LAGI GAMBAR OBOKE
No comments:
Post a Comment