Arahan:
1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di bawah untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag - sila layari blog cik-ixora untuk mendapatkan award anda".
"Ichi" (satu)



"Nii" (dua)Award ini telah diberikan oleh sahabat ku yg juga merangkap housemate ku beberapa tahun sebelum ini, selain itu dia juga adalah rakan sepejabat ku dan bakal menjadi sahabat perjuangan di medan perang ilmu heheh..Beliau yg dimaksudkan ialah Cik Fizz kita...yeah..berikan tepukan gemuruh kepada beliau yg telah banyak berjasa kepada aku sejak aku mengenalinya. Dialah rakan tempat aku meluahkan kegeraman setelah pulang dari kelas...tempat luahan rasa seandainya ku rasa diri ini tertindas...dan juga sahabat ronggeng di sekitar Megamall, serta Tg. Lumpur...tanpanya tak meriah hidup ku...tanpa nya sungguh sunyi rumah ku dlu...sebab dialah peneman aku tengok tv, especially cerita cerekarama..Fizz ni baik orangnya, rajin study malam2...wpun hobinya tido...korg jgn tertipu..dia akan qada balik pukul 2-3 pagi utk bangun study dan sebagainya. Dia juga seorang yg bercita2 tinggi....salah satu aku tercampak ke Jepun ini juga adalah kerana semangat nya yg membara2 melebihi aku ketika itu..mendorong aku ke sini..positive thinking dia ni...
"San" (Tiga)
10 fakta tentang aku (susahla nak pikir..banyak sgt nii..)
- Hobi aku ialah memasak & makan apa yg dimasak. Tak kira la sedap ke tak sedap. Kalau time happy aku akan masak...wpun letih tp gagah lagi nak masak. Cume time mood tak baik aku akan cari org yg terer masak...cth nya pakcik yg jual sup daging best tu ker..hehehe.
- Bila happy atau setelah berjaya melaksanakan sesuatu tugas dipejabat ke, aku secara otomatiknya akan kemas bilik tidur..tak tau kenapa. Cume time happy je la..tp sekarang tak mcm tu kot..sbb banyak tugas2 yg tak terlaksana lagi huhuhu....
- Aku seorang yg realistik. Contohnya...aku suke tengok citer2 sedih...mcm cerekarama ke, movie sedih korea ke..Pada aku citer sedih ni logik la dan berpijak di bumi yang nyata. Sebab tak semestinya suatu cerita di akhiri dgn kisah2 bahagia kan....mana ada..life is not easy maaa...(maaf ye, pendapat aku sgt bertentangan dgn Ema & Fizz yg suka sgt citer khayalan..kuikuikui...)
- Aku sangat suka muzik. Suke dgr lagu, kadang2 aku pun "menyumbangkan" lagu jugak...dalam bilik ofis ...tp paling kerap masa tgh drive. Aku rasa sgt sesuai nyayi dlm kereta sebab dia terkedap udara ..mcm studio je rasa nye..
- Aku ni pemarah yg melepaskan kemarahan tak kira di mana. Aku tau, buruk kalau aku marah, tp nak wat cemana, aku ni insan yg lemah...sukar utk mengatasinya. Tp sedang berusaha perbaiki diri. Yg baiknya, aku marah sekali tu je..pastu aku rilek je .....tp kadang2 aku plak yg pegi mintak maaf kat org yg kene marah tu...huhuhu..
- Aku kuat berangan. Macam2 yg aku angankan....banyak tak terkata. Yg paling biasa aku angan kan ialah...kalau tgk konsert kat tv tu kan..aku selalu berangan nak jd back-up singer hahahaha....kadang2 nak jd penari gak...paling koman pun...pemain gitar akustik..mcm dlm video klip Hotel California tu...hehehe..
- Selalu org yg belum mengenali aku akan kata aku GARANG. Sebab muka aku kot...tak ayu..kasar...itam lak tu..tp sebenarnya aku ni kuat bercakap..peramah..suka no bercerita sampai org letih mendengarnya. (ada la org itew yg kata aku garang masa mula2 masuk keje dlu)
- Aku suka budak2....(dan teringin jd mak budak hehehe). Life aku dr remaja sampai la tua ni sentiasa dikelilingi kanak2 (anak2 sedara aku yg berderet tu). Sampaikan kalau kt kampung tu..dlm rumah aku ada 2 puak..1 puak org2 dewasa (mak2 & bapak org) then puak muda belia (diketuai aku) yg terdiri oleh kanak2 1 thn hingga la 18 tahun...hehehe
- Aku ni pelupa. Lupa semua bende...lupa kunci, lupa spek kat mana...lupa tarikh, lupa nak masukkan duit mak aku (hehehe..jahat aku ni) dan kadang2 buat2 lupa pun ye gak...bile aku menyampah kat satu bende la....iskk tak baik aku ni.
- Lastly, aku adalah pemandu kereta yg sangat berhemah di muka bumi. Kenapa? sebab kelajuan aku drive di jalan persekutuan hanyalah 70-80 km/j sahaja...tak pecaya? Tanya la sahabat2 ku di Kuantan itew....hahaha..dan ada gak bukan sahabat aku tp department aku yg noticed aku ni SELOWWW...hahahaha...nasib la korang, janji nyawa aku selamat.
"Yokku" (empat)Seterusnya yang bakal aku tag ialah......
Yan, Een, Nura, Jeno..ok korang..silakan..
No comments:
Post a Comment