Almost 2 weeks....our relationship habis macam angin lalu. But deep inside my heart....I can't erase all the memories that I ever had. I wish, when I wake up in the morning....I have something to do...to think...to enjoy....Tapi realitinya bukan macam tu. Is not easy.....
Sangat susah untuk lupakan semua yang kita sayang. Biarpun kita dibenci, tak dihargai pun, tapi sayang tu masih ada. Aku selalu kata pada diri aku sendiri, buat apa nak ingat lagi dia, entah2 dia sendiri sikit pun tak ingat kenangan dulu, entah2 dia pun dah ada dunia baru. Kenapa aku masih mengharap...aku ni takde maruah ke..nak menagih kasih orang? Dan kata hati aku akan jawab.....aku tak curang masa dengan dia dan aku sayang dia. Tapi kata2 hati aku ni boleh dipatahkan bila orang akan berkata anggaplah tiada jodoh, redha lah dengan ketentuan Allah, ada hikmah disebalik kejadian. Aku patutnya tak boleh bersedih sampai macam ni. Aku kene redha. Tapi aku tak mampu.
Tahun depan ramai kawan2 yang akan menamatkan zaman bujang masing2. Alhamdulillah...aku tumpang gembira. Aku doakan masing2 akan berbahagia hingga akhir hayat. To my beloved cousin....yang akan bernikah 9/12/2007 ini, selamat pengantin baru. Aku akan cuba datang jugak ke kenduri nya walau sibuk macammana pun. Takut aku sedih masa kenduri tu ye? InsyaAllah, aku akan happy on that day. Kalau aku sedih, bukan sebab korang kawen.....tapi sebab aku sendiri.
Sekarang ni..aku rasa sedih nak balik rumah. Lagi2 nak tgk mak aku. Aku tak tau samaada masalah aku ni dah setle secara rasmi ke belom. Kebetulan telefon rumah tu tengah rosak. Aku nak tanya kat mak, tak mampu......takut aku nangis. Aku cuma sempat bagi no baru kat anak sedara aku. Itupun dia dah sibuk2 tanya kenapa tukar nombor....aku tak jawab.
Sebenarnya aku kene siapkan keje aku ni secepat mungkin. Next week dah nak upload markah. Aku masih macam ni....bengong. Tak tau nak buat macammana....sini aku sorang2. Ikutkan sebenarnya aku tak ramai kawan. Boleh kira dgn jari. Yang ada pon sekarang masing2 dah ada haluan sendiri. Aku je yang masih terumbang ambing. Aku harap sangat hujung tahun ni aku dah boleh bersiap sedia....sekurang2 nya..aku tak nak 2008 pun masih dalam keadaan tak menentu. Aku kene fokus....fokus......fokus......aku tak boleh buang masa lagi. Umur aku pun bukannya muda lagi. Aku dah banyak mensia2 kan masa, umur aku pada benda yang tak berfaedah. Aku menghabiskan masa pada orang yang tak menghargai aku....ok la...aku berenti di sini saja setakat ni...aku dah lega sikit..boleh sambung keje.
No comments:
Post a Comment