Draft tesis dah selamat hantar. Tak tau berapa lama masa supervisor aku nak semak. Di antara masa yg ada ni, aku sambung balik buat paper untuk conference akan datang. Rasa rugi tak hantar banyak, sbb bila jd student, senang skit peluang nak hantar. Kalau dah tak jd student br nak hantar...mostly kene guna duit sendiri. Setakat RM200-RM300 boleh tahan lagi tapi kalau dah cecah RM700 tu rabak lah poket.
Sebenarnya aku sendiri masih tak berpuas hati dengan tesis yg dah siap tu. Masih banyak lagi rujukan aku tak buat, especially latest paper 2004. Dah cuba cari, tapi setakat jumpa 1 je. Tak tau la mana nak masuk...semua paper electronic dah cuba cari.Masa pun tak mengizinkan. Kalau ada lagi 2, 3 bulan...boleh jugak cari2 sampai dapat. Aku dah tau sapa akan jd external examiner masa viva nanti. Dari U*M. Cuaknye bila sebut word "viva". Word tu bunyinya macam pembunuh bersiri yang nak cekik aku..boleh wat muka aku jd biru. Nasihat supervisor, kene study background examiner, especially internal..tanya pada student2 examiner tu, mcm mana cara dia bekerja, apa yg dia nak or expect dari student. Sebenarnya, aku dah tanya kat sorg dua student yg bekerja di bawah seliaan dia..dan jawapannya huh! "000..baik ko berhati2 sket..Dr tu cerewet"..atau begini bunyi nya "Ko dapat dengan Dr tu? Abis la ko.....ko tau tak dia penah nak fail kan student dia sendiri aritu?" Aduihhh..cemana la aku tak kecut perut kalau jawapan yang aku terima semua negatif.Tapi aku dah set dlm kepala, kene confident,dan study banyak serta fahamkan apa sebenarnya projek yg aku buat.Last sekali, doa.Masih sempat kalau nak semayang hajat sampai tiba waktu nak viva.Kalau lah aku dapat through viva dengan baik sekali..aku lah org paling bahagia sekali kat bumi ni..itu pon "kalau"...
Student life BW
13 years ago
No comments:
Post a Comment