Friday, October 22, 2004

Eh, boleh la guna email yahoo utk post blog kite..Kat
sini masalah betul nak masuk blogger,asik tak bukak2.
Sekarang ni rasa lega selepas habis presentation
kelmarin. Huh, presentation tu akan membuatkan semua
org yang akan present cuak, tak cukup tido, makan tak
lalu, mandi tak basah, sakit perut dan sebagainya.
Termasuklah aku. Kali ni aku cuba nak buat sebaik
mungkin, sbb ini je la kerja separuh akhir yg perlu
ditunjukkan sebaiknya. Tempoh seminggu untuk siapkan
slide dan praktis, tak mencukupi sebenarnya. Aku ada
target sendri, nak 2 atau 3 hari waktu utk berlatih
sahaja, ini bermakna aku kene siapkan slide secepat
mungkin. Apa kan daya, slide yg da siap tu bila
diperiksa ada juga salahnya, dan nak tambah
pulak..memeningkan kepala. Aku nak cari maklumat lain
pon amik masa...maka aku buat yang sempat sahaja.
Sepanjang minggu berdoa semoga aku dapat bercakap
dengan lancar, semoga semua yg hadir memahami apa yg
hendak aku sampaikan dan yg paling penting, semoga aku
dapat menjawab setiap soalan yg diajukan.
Nak praktis pun aku dah tak sempat...hari Selasa, aku
dah mula sakit2 kepala sebab mengantuk+tensen slide
tak siap-siap, dan cuak.Aku cuma tido 3 1/2jam
saje..lepas sahur tak tido2..terus pagi. 8 pg aku dah
keluar...sbb nak cari technician utk pasang kan
projector.
Bila tiba waktunya, aku dah tak rasa berdebar, tapi
rasa bengong...mula2 tak ramai yg dtg. Cuma 2 org, aku
dah hepi...bagus tak ramai ni..lepas tu sorg2
masuk..ok lg sbb tu semua labmate aku...bila mula saja
aku bercakap,(bukan bercakap, baca slide sebenarnya)
aku dah rasa mcm org bodoh. Baca slide, membosankan tp
terpaksa..sbb aku dah tak terluah...dan org makin
ramai..
Aku cuba abiskan secepat mungkin, tak nak org dlm
bilik tu rasa bosan. Tiba waktu soalan
dibuka..huh..bertubi2 org tanya. Dan berpeluh2 aku nak
menjawab, dengan gaya bahasa seperti ayam dan
itik...menyusahkan aku nak sampaikan. Tak cukup dengan
tu, aku termelatah la pulak..memalukan sungguh.
Seolah2 aku ni tak profesional langsung..boleh la
termelawak kat depan. Aku kira ada lebih 8 soalan yg
diajukan,dan kebanyakannya aku tak dpt jawab sampai
mereka berpuas hati. Heh...biarla..tak nak pk, dah
lepas sudah la. Tapi aku tetap berpuas hati, sbb ada
juga org prihatin dengan kerja yg aku buat, wpun
almost banyak kekurangan. Ini akan membantu aku
perbaiki apa yg patut.
Sekarang, aku kene tambah data. 409 data tidak cukup
kata mereka (pakar2 dan cerdik pandai). Makan kene
tambah lg, utk melihat keberkesanan projek ini. Aku
rasa2 mcm tak leh nak berjaya pulak.
Sekarang juga, dalam dilema. Sempat ke aku nak
sudahkan semuanya sebelum Disember? Hujung Disember
aku dah kene masuk kerja...huhuhu....sedihnya, target
nak siapkan awal tak kesampaian.
Sekarang jugak, rasa nak balik kg, tp tak boleh. Ada
lg kerja yg tak sudah. Ingatkan dah abis present boleh
enjoy katak...rupanya, kene pulun lagi.
Okey...aku nak gi pulun kasi siap. Jadi ke tak jd
projek ni, belakang kira.



_______________________________
Do you Yahoo!?
Declare Yourself - Register online to vote today!
http://vote.yahoo.com

No comments: