Wednesday, September 10, 2003

Huh! Jam tangan tercicir. Rasanya pagi tadi lepas bersiap nak gi skul, aku dah pakai jam tu. Alih2 tak de jam yg aku pakai tadi. Nak balik semula letih. kalau tercicir dalam umah takpe, kalau kat jalan ? Mesti kene lenyek ngan keta...adus!!! Tak senang duduk aku nih.

Aku bangun awal sebab semalam pengsan awal..letih posa..eh! Aku dah Raya!! Selamat hari raya untuk diri aku..bangun2 aku bukak hp, ada mesej dari Yan..dia tulis..

skang pukul 1pg. org dah tido, ada makhluk baru balik keje.......aku le tu!!

Perh...sian, kene "kerahan tenaga" budak ni. Bos dia memang guna habis. Errm..aku patut bersyukur..sebab keje berlambak tp masih boleh pegi lewat, balik cepat

Semalam Azwan hantar borang Pasca. Ye ye...aku dapat scholar tu...hari ni aku nak setle kan semua nya, nak isi borang tu, nak kene cari penjamin..penjamin?? Sapa nak jamin aku? Bukan nya ada kenalan rapat kat sini. Setakat abang aku sorang kat sini adalah. Lepas ni kene buat "mati kan setem" kat pejabat tanah. Satu setem RM10, pastu borang ni ada 4 copy...wuissshhh...dah RM40. Pergh...sebelum nak dapat ni, kene keluar gak duit aku. Ni baru berapa hb...aku dah kering, ye la..dah joli sakan kat Pulau. Nasib ada baki sikit untuk belanja dan duit sewa. Kenapa setem tu kene "matikan"?? Apa maksudnya? Kenapa tak pakai setem 50sen ke...tak ke senang. Hari ni jugak setle. Aku bukan nya reti pasal mende macam ni. Tapi buat jugak la..kang melepas aku tak dapat habuan tiap2 bulan. Lama lagi ni projek aku nak siap..
Ramai member aku tanya kenapa aku dah jarang update. Mintak maap la..aku dah sibuk sekarang. Kadang2 tu, time nak tulis tapi takde idea datang. Susah jugak nak menulis ni sebenarnya, kene tulis yg tak buat orang bosan nak baca. Baru semalam aku baca balik blog kawan2 dan yang bukan kawan..dan aku jumpa satu link ni dari Mat Jan ..tuan punya ni, Saharil ...dia tak banyak tulis2..tapi dia lebih kepada "conteng". Contengannya tu ada maksud tersendiri. Kagum seyyy! Tu salah satu cara nak meluahkan idea. Aku punya stail, cenggini la..tulis2 panjang berjela.Sampai ada org kata boleh bikin novel (cam perli lak heheh) Aku baru je berjinak dalam bidang penulisan nih....hopefully korang tak bosan lah.
Lewat nih..banyak nak study, mintak diri dulu yek..

No comments: