Monday, August 18, 2003

Seminggu tak usik blog ni. Macam macam nak ceghita nih. Cuma korang je la bersedia nak bacanya. seminggu aku hilang sebab gi seminar kat KL dari Selasa sampai Khamis. pastu trus cabut balik kg. Masa seminar tu penat bukan main. ye la...tak biasa duk tempat yg bz, ramai orang nih..aku tumpang umah Aju kat Keramat. Barulang alik ke Jln Ampang..mula2 naik bas, pastu lrt pastu naik kaki...adoi...sampai hotel, dah berpeluh sakan. Presentation aku hari kedua (Rabu), ntah la..tak bleh nak kata yang aku present baik, sebab ramai lagi yg baik. yang penting, aku dah lepas semuanya. Aku tak dapat nak prepare elok2 atau nak berlatih bercakap sehari sebelum present tu. Masa first day tu...aku keletihan, mengantuk..plak tu perut kosong. Pukul 10.30 pagi baru tea break. Banyakla makanannya..cheese cake, chocolate cake, puff, burger...macam tak caya je, aku makan banyak tu. Tiba masa lunch plak...semuanya menggugat iman. Kalau selalu org pening nak makan kat mana, nak makan apa..tapi aku lain plak. Aku pening nak pilih yg mana satu...mustahil aku buleh sumbat semuanya. Akhirnya aku pilih salad2 je..kentang..udang..Kali kedua plak..aku nampak sate..aku amik 6 cucuk bersama dengan bahan2 sampingannya..Pusingan terakhir , aku balun ABC...pergh...tegang perut aku...

Nak dijadikan cerita, pukul 2..agenda seminar disambung lagi. Kali ni presentation "Keynote Paper" oleh seorang warganegara Jepun.Pasal Biotechnology...aku tak paham..sebab cara percakapan org ni tebal sgt loghat Jepun nya, sebenarnya dia cakap english..yang aku cuma paham dia cakap "the" dengan "and"...lama2 aku jadi sakit kepala...hasilnya, aku macam kene migrain. Sampai je rumah..muntah pun terburai..nasib sempat masuk toilet.Segala rasa ada..melarat sampai ke malam..malam aku muntah lagi sampai 2 kali. Tau2 je dah pagi..tapi tekak aku masih lagi terasa kuah kacang sate yg aku makan semalam. Bila Aju tanya apa yg aku makan semalam, aku tak dapat nak cerita..nak bayang pun takut..takut termuntah lagi.

Aku selamat present, aku dah tak kira..org paham ke tak..janji semua selesai. Aku dapat la kenal beberapa kawan baru..diantaranya..Iza, Siti , kak Rosmina , Chin , Lim ...ini je yang aku kenal. kebetulan jumpa plak senior aku masa aku Form 1..kak Farah dan Kak Nat...kak Farah yg tegur dulu..aku ingat2 lupa..kak Nat ni dulu taiko sket. Tapi aku tengok sekarang dah bergaya..mengancam lah jugak.

Hari kedua (Rabu) aku makan lagi banyak jenis ..tapi kuantiti yg sikit. Kali ni, 2 round aje. Tapi aku masih boleh makan desert dengan banyaknya.Padahal, aku tak gemar benda yang berkrim nih..sekali sekala nak rasa juga. Hari kedua ni ada lawatan, aku pilih MACRES (Malaysian Center of Remote Sensing). Kebetulan, tempat keje kakak aku. Aku cuma sempat jumpa kejap aje..tu pun sempat la duduk kat kerusi dalam opis dia 5 minit..pastu diorang dah sibuk nak balik. Pulak tu ujan lebat gile. Aku terpaksala tunggu hujan reda..pulak tu masa melintas jalan, air bertakung agak dalam la jugak..sampai paras buku lali. Nak tak nak..aku jinjing la kain...aku dapat la rasa org2 kat dalam keta tu semua duk mengata aku..aku bukan nak tayang, tapi tepaksa.

Hari ketiga (Khamis), aku dah tak semangat lagi..lepas lunch terus aku blah balik kampung.Masa lunch, kak Rosmina kata..(kata2 nya yg buat aku berpikir) "Semalam I tengok you present,..ok la..berkeyakinan"...Ptiuhh!!..tercengang aku masa tu. Tak tau la kalau dia ada maksud lain. Setahu aku..presentation aku biasa2 je..aku tak explain pun macam orang lain. Aku cuma baca slide! Diulangi...aku cuma baca slide!! Fuhhh...takkan la dia tak nampak?? Tak pe la..sekurangnya ada gak org pasang telinga pada apa yg aku persembahkan.

Masa nak balik kg, dari keramat ke Pudu Raya, suatu perkara yg menyeksakan. Dengan menjinjing beg yg berat..aku tak larat nak menapak dari stesen lrt Masjid Jamek.Betul2 penat. 3 kali aku stop, amik napas. berbirat tangan nih. Masa nak melintas kat bulatan depan Pudu raya..aku jalan paling lambat. Polis trafik kat situ dah tengok2...agaknya dia pon tau aku tak daya nak bawak beg2 tu. Akhirnya aku sampai gak kat Pudu..terus balik kg.

Sabtu aku turun Kl, beli tiket bas, jumpa Yan.Budak ni dah planning nak beli kereta.Erm..menariknya, aku nak jugak beli tapi kene la cari drebar coz aku sendiri tak layak duduk kat seat pemandu. Macam-macam la cerita yg keluar..sambil tu tengok2 tempat yg ada SALE. Takkan tengok2 aje..apa lagi, beli la satu dua barang. Akhirnya sekarang aku dah kepokaian.

Aku teringat satu mutiara kata yg aku dengar dari sorang speaker ni yg arif dalam bidang Nanotechnology. Yang hingga hari ni aku dok pikir maksud sebenar kata2 tu..susah betul aku nak memahami sejak akhir-akhir ni. Apasal aa??

The only place where SUCCESS comes before WORK is in the dictionary

No comments: