NO IDEA.. Takde apa nak cerita tentang hari ni. Buat keje macam biasa, ada satu je keje yang aku tak buat-buat dari last week..buat minit mesyuarat. Aku lupa macam mana formatnya ye?? Tak pasal-pasal jadi bidan terjun buat keje-keje cam ni.
Oh ya!! Semalam aku gi erobik...kali ni ok la, aku dah boleh bertahan sampai habis. Taklah semput-semput macam dulu. Kene berterusanlah. Tapi yang aku musykil, kenapa berat aku makin bertambah dan aku makin seronok nak makan?? Puas ber"diskusi" dengan Alqas...kesudahannya, Alqas menyimpulkan bahawa..."toksah layan semua ni..rasa nak makan jangan ditahan..makan jerr!!". Kebaikan aku join erobik ni, aku cergas skit dari biasa. Selalunya pukul 9.30 mlm aku dah lelap..sekarang aku masih berdaya sampai pukul 12 mlm.
Sampai je umah..memang lapar...tau-tau je..dah nampak mangkuk sia* berkilauan kat atas meja. Waa....bukak je tudung saji...wuiihhh...berderet lauk pauk..Azeno bawak dari umah mak dia. Ayam merah, sayur campur, gulai ikan tempoyak,sambal tempe goreng, bubur kacang+durian....fuh!! Oppss..ada lagi..tiba-tiba Azeno bersuara.."tu, amik la..aku buat"..dibalut kertas surat kabar...dalam nya dibaut aluminium foil..selak lagi...garlic bread! wah!!...maka, aku pon kenduri lah dengan Alqas. Dan masih terngiang-ngiang lagi kata-kata dia lepas makan tu..."Masa masuk umah ni dulu, ada satu benda yang memang dah patut aku buat". Aku tanya, "apa dia??". Dengan girang Alqas menjawab..."Satu rumah dengan Azeno!" hehe..no wonder lah aku maintain "besar" walaupon dah setengah baldi peluh kalau erobik!
::* mangkuk sia - mangkuk tingkat atau tipin (bahasa org jawa)
Student life BW
12 years ago
No comments:
Post a Comment