Monday, July 21, 2003

Lama tak update. Banyak masalah. Pertama, tak sempat...aku bz sikit minggu ni.Ada pameran kat school aku ni esok. Supervisor aku soh aku tunjuk progress aku..ntah apa2 ntah ..aku dah siapkan program tu cuma aku "oter" je..tapi dah lari semua program tu. Nak buat balik tak sempat..PC dah kene angkut kat bilik seminar.Akhirnya, terpaksala aku tunjuk program bodo-bodo je.
Dari last week aku nak update blog, banyak cerita aku. Tapi takde internet, server asik down je. Macam cipan..Aku nak bagi tau ni..Maikel, (ikan mas aku) dan kawan2nya....Marlyn & Nemo..dah mati ari Sabtu. Sedihnya sampai terkedu aku. Pagi2 tu nak cuci balang dia, tengok2 suma dah terapung..keras..perut maikel buncit tegang. Aku tak tau kenapa..rasanya semua cukup..udara, air, anti klorin..makan...Kz kata maybe aku bagi dia makan banyak sangat. Sedihnya..rekod terbaru aku membela binatang...hayatnya tak cukup cecah seminggu. Rasanya aku berdosa tak? Aku tak niat nak seksa..aku nak bela..tapi apakandaya...dia pergi dulu. Pagi tu aku tanam kat belakang umah. Tak sampai hati aku nak buang/campak kat tong sampah. Lepas ni tak tau la..nak bela lagi ke tak..bela kut..tapi bukan spesis ikan mas.
Hari sabtu Ahad aku lalui dengan begitu bosan sekali. Dah le ikan aku mati..pastu dok sorang kat uma. Aku nak ikut Azeno & Nurul ke penang, ada perlawanan Netball...tapi hari Jumaat tu aku dapat keje plak. Terpaksa lah cancel. Hari minggu pon aku datang school. Macam tak caya pulak.
Baru tadi dapat panggilan dari Kak Y, x-housemate aku masa undergrad. Sonoknya, ingat juga dia kat aku..dia dah pregnant..dah tukar tempat keje..macam2 la borak. Pastu teringat plak kat Ewa, geng lama..ntah napa tergerak nak call. Tapi tak dpt borak sbb dia tgh drive. Lepas dengar orang2 punya cerita..aku dapat rasa betapa seronoknya diorang dengan keje/study masing2. Betapa jelesnya aku kat sini.
Aku takleh nak jeles lama2...nak turun ke bilik seminar..nak kemas barang untuk esok..harap-harap, takde sapalah berminat singgah kat booth aku yg tak canggih tu.

No comments: