Tengahari karang kene gi Penang...ada interview. Tumpang abg aku ...Bun ikut skali.....aku dah rasa kebosanan dalam keta sepanjang perjalanan :(
HADIAH TERBAIK DAN TERBURUK
Seorang ibu yang dermawan telah menghadiah seekor kambing kepada Loqman
al-Hakim seraya berpesan: "Sembelihlah kambing ini dan berikan saya
bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan." Setelah
disembelih,dikirimkan kepada ibu tersebut hati dan lidah kambing itu.
Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing
dan berpesan agar sesudah disembelih dikirimkan juga kepadanya sebahagian
daripadanya. Pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian yang terburuk
yang dipesankannya, tetapi dimintanya bahagian yang terbaik daripada
kambing itu.
Setelah kambing disembelih, Loqman mengirim hati dan lidah juga kepada ibu
yang dermawan itu. "Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati
ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan kenapakah yang itu juga
dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?"
tanya ibu tersebut kepada Loqman. Loqman menjawab: "Hati dan lidah amatlah
baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula
buruknya."
Mendengar jawapan itu, mengertilah ibu itu akan maksud Loqman, kerana hati
dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan; begitu juga sebaliknya dari
hati dan lidah itu terbit segala kejahatan dan keburukan.
Student life BW
13 years ago
No comments:
Post a Comment